Peranan Ketua dalam Komunikasi Kumpulan Kecil: Analisis Strategi Lakuan Bahasa Direktif

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, Maslida Yusof, Ammar Redza Ahmad Rizal

Abstract


Kegagalan seorang ketua dalam menakhoda kumpulannya disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah dari aspek komunikasi. Seorang ketua kumpulan perlu bertanggungjawab memastikan kumpulannya berjaya mencapai matlamat perbincangan yang ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu, komunikasi seorang ketua perlu diberikan perhatian kerana memberikan kesan dan mempengaruhi proses perbincangan kumpulan. Lakuan bahasa direktif yang merupakan salah satu strategi komunikasi boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh ketua kumpulan. Kata lain bagi lakuan bahasa direktif ialah arahan yang sememangnya sinonim dengan ciri seorang ketua iaitu boleh mengarahkan sesuatu kepada ahli-ahlinya. Arahan yang diberikan oleh seorang ketua perlu jelas agar dapat difahami dengan baik oleh ahli kumpulan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan ujaran lakuan bahasa direktif sebagai strategi komunikasi ketua kumpulan dan impaknya. Kajian secara kualitatif dan kaedah lapangan ini menggunakan teori lakuan bahasa yang dipelopori oleh Bach dan Harnish. Sebanyak 12 buah kumpulan kecil dibentuk untuk merakam komunikasi ketua dalam setiap kumpulan. Masa perbincangan diperuntukkan sebanyak 15 minit dan setiap kumpulan diberikan objektif perbincangan yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keenam-enam subkategori lakuan bahasa direktif iaitu permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif dan nasihat digunakan sebagai strategi komunikasi oleh ketua-ketua kumpulan kecil. Namun terdapat juga ujaran ketua kumpulan yang tidak jelas dalam memberikan arahan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli. Kesemua subkategori lakuan bahasa direktif ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan boleh dimanfaatkan oleh ketua kumpulan agar perbincangan menjadi lebih efisien. Kajian ini memberikan kepentingan kepada ketua kumpulan dengan menjadikan hasil kajian ini sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang.

 

Kata kunci: Ketua, kumpulan kecil, lakuan bahasa, direktif, strategi komunikasi.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3802-10


Full Text:

PDF

References


Ahmad Syaifudin Azhari, Priono, & Nuriadi. (2018). Speech acts of classroom interaction. International Journal of Linguistics, Literature and Culture, 4(2), 24-45.

Aminnudin Saimon, Lisa Licson, Nur Aisyah Mohamad Taufek, Siti Hajar Japar, & Siti Nor Asmira Razali. (2021). Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1),63-78.

Andewi, W., & Waziana, W. (2019). An analysis of a teacher's speech acts in the teaching and learning process. Teknosastik, 17(1), 29-34.

Bach, K., & Harnish, R. M. (1979). Linguistics communication and speech acts. Cambridge & London: The MIT Press.

Bulderita, S., Gani, E., & Syahrul. (2019). Epizeuksis dalam kumpulan sajak Chairil Anwar: Aku ini Binatang Jalang. Retorika Jurnal Bahasa Sastra dan Pengajarannya, 12(1), 85-94.

Chaudhri, V., Pridmore, J., & Mauck, C. (2022). Assembling the start-up brand: A process framework for understanding strategic communication challenges. International Journal of Strategic Communication, 16(2), 206-221.

Duha, T. (2018). Perilaku organisasi. Jakarta: Deepublish.

Ezhar Tamam. (2014). Menjayakan komunikasi kumpulan kecil. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Fatin Rabiha Abdul Kadir, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Ujaran Implisit dalam filem Melayu klasik Sri Mersing. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 6, 13-24.

Habibah, F. A. F. (2018). The effects of teaching media and grammar mastery towards students' speaking skill at state junior high schools in Tangerang Banten. Pujangga, 4, 15-30.

Hambali, Muhaimin, A., & Rahmadini, M. (2018). Pola komunikasi organisasi dalam pengembangan program studi ilmu komunikasi. Jurnal Studi Sosial dan Politik, 2(2), 96-108.

Hicks, J. M. (2020). Leader communication styles and organizational health. The Health Care Manager, 39(4), 175-180. https://doi.org/10.1097/HCM.0000000000000305

Joost W. M. Verhoeven & Vibeke Madsen. (2022). Active Employee Communication Roles in Organizations: A Framework for Understanding and Discussing Communication Role Expectations. International Journal of Strategic Communication, 16(1), 91-110.

Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Junaini Kasdan. (2018). Refleksi gastronomi dalam komunikasi: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 185-201.

Kamus Dewan (Edisi Keenam). (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liu, M., & Wronski, L. (2018). Trap questions in online surveys: Results from three web survey experiments. International Journal of Market Research, 60(1), 32-49.

Mat Zizi Ismail, Ramli Yaacob, Hamidon Abd Rahman, Nur Fatima Awang Da, & Sapinah Zakaria. (2020). Asas komunikasi untuk pemimpin pendidikan. Nilai: Institut Aminuddin Baki.

Mayfield, M., Mayfield, J., & Walker, R. (2021). Leader communication and follower identity: How leader motivating language shapes organization identification through cultural knowledge and fit. International Journal of Business Communication, 5(8), 221-253.

Muhammad Zaiamri Zainal Abidin, Amira Firdaus, & Md Azalanshah Md Syed. (2021) Komunikasi strategik dalam pengurusan komunikasi organisasi: Definisi, pendekatan dan pelaksanaan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 23(1), 49-64.

Muhammad Zuhair Zainal, Al-Amin Mydin, & Ahmad Mahmood Musanif. (2018). Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 243-262.

Norhasliza Ramli, Norfazila Ab. Hamid, & Riduan Makhtar. (2019). Lakuan tuturan ilokusi dan perlokusi dalam penamaan WIFI: Satu pemerhatian. Jurnal e-Bangi, 16(2), 1-9. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/31372

Normah Ahmad, Amirah Ahmad, & G. Sharina Shaharuddin. (2020). Lakuan bahasa permintaan dalam kalangan pelajar Melayu di Akademi Pengajian Bahasa di UiTM Shah Alam. Jurnal Linguistik, 24(2), 1-16.

Nurramadhani, A. (2019). Profil kualitas keterampilan bertanya mahasiswa calon guru dalam pembelajaran sains. Jurnal Ilmiah Pendidikan, 3(2), 1-9.

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, & Maslida Yusof. (2021). The role of leaders in small group communication: Analysis of speech acts. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(2), 784-799.

Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, & Maizira Abdul Majid. (2019). Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 386-407.

Rosadi, F. S., Nuraeni, C., & Priadi, A. (2020). The use of small group discussion strategies in teaching English speaking. Jurnal Pujangga, 6(2), 134-145.

Rozita Ibrahim, Muhammad Rahimi Hasan, & Bahiyah Abdul Hamid. (2018). Takrif kepimpinan, ciri-ciri pemimpin dan motivasi untuk memimpin menurut sudut pandang pemimpin wanita akar umbi. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 19, 28-42. https://doi.org/10.17576/malim-2018-1901-03

Salmi Sakinah Abdul Shukor, Taj Rijal Muhamad Romli, & Abdelmuniem Ahmed Mohamed. (2020). Analisis makna eksplisit penterjemahan peribahasa Arab-Melayu dalam dalam buku Kalilah Da Dimmah. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 4(4), 79-89.

Safitri, A. N., & Utomo, A. P. Y. (2020). Analisis tindak tutur direktif pada ceramah Ustadz Abdul Somad edisi tanya jawab kajian musawarah bersama artis hijrah. Jurnal Bahasa Indonesia, 3(2), 119-134.

Sari, K. P. (2018). Teacher’s directive speech acts at kindergarten school. Journal for Language and Foreign Language Learning, 7(1), 35-45.

Sinha, V. S., Moreno-Nunez, A., & Tian, Z. (2020). Language, culture, and identity: Sign of life. New York: John Benjamins Pub.

Siti Hajar Ibrahim, Siti Aisyah Nordin, Siti Haizani Mat Delin, B.T Seri Tanjung Baharudin, Zainatunnisa Fakurazi, & Suhana Saad. (2017). Peranan dan pengaruh pemimpin pendapat dalam menggalakkan masyarakat kampung terlibat dalam aktiviti koperasi: Kajian kes di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang. e-BANGI, 14(6), 34-48.

Suppiah, S. M., Wong, X. L., Paul, G. P., & Mohd Khairie Ahmad. (2021). Meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(2), 130-153.

Surono, S., Sumarlam, S., Wiratno, T., & Marmanto, S. (2021). Directive speech acts in parenting and politeness implications based on the schools’ missions: A study on kindergarten teachers in teaching learning process in Yogyakarta. Langkawi: Journal of the Association for Arabic and English, 7(1), 66-80.

Thelen, P. D. (2021). Leadership and internal communication: Linking servant leadership, communication satisfaction and employee advocacy. International Journal of Strategic Communication, 15(5), 440-462.

Triana, H. W., Maros, M., Kustati, M., & Reflinaldi. (2022). Struggling for leadership authority: Critical discourse analysis on Agus Harimurti Yudhoyono's political speech. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(1), 143-161.

Van Ruler, B. (2018). Communication theory: An underrated pillar on which strategic communication rests. International Journal of Strategic Communication, 12(4), 367–381.

Wang, Q., & Wang, C. (2020). Reducing turnover intention: Perceived organizational support for frontline employees. Frontiers of Business Research in China, 14(6), 1-16.

Wijaya, F. R., & Helmie, J. (2019). An analysis of directive speech acts in the fault in our stars movie script. Jurnal Joepallt, 7(1), 35-51.

Zanariah Ibrahim, Zalifah Sidek, Mohd Hamry Ismail, Zaiton Arshad, & Zulaili Bahador. (2022). Impak lakuan bahasa dalam komunikasi organisasi: Satu tinjauan. Jurnal Dunia Pengurusan, 4(1), 61-71.

Zanariah Ibrahim. (2018). Lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam latihan mengajar: Satu analisis pragmatik [Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia].


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528