Berita COVID-19: Suatu Analisis Kritikan Pedas Netizen di Facebook
Abstract
Komunikasi melalui media sosial seperti Facebook mengenai isu-isu sosial, politik atau ekonomi semakin ketara dalam kalangan masyarakat masa kini. Hal ini kerana aspek berkenaan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah tentang isu penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan kadar kematian yang menggemparkan seluruh dunia dan menyebabkan rakyat Malaysia panik sertabimbang. Kebimbangan ini menyumbang kepada peningkatan komunikasi warga maya di semua platform media sosial dalam semua berita atau maklumat sehingga meninggalkan komen-komen negatif tanpa kawalan. Isu penularan wabak koronavirus di negara Malaysia yang dimuat naik di laman sosial Malaysiakini dan Sinar Harian telah mendapat reaksi dan maklum balas yang tinggi daripada pengguna Facebook. Secara tidak langsung laman sosial kedua-dua organisasi ini telah menjadi salah satu medan perhubungan antara rakyat dengan kerajaan. Penyelidik mahu mengenal pasti bentuk-bentuk ketidaksantunan bahasa dan interpretasi netizen yang digunakan oleh pengguna Facebook di ruangan komen laman sosial. Sebanyak 400 komen telah dikenal pasti dan dikategorikan mengikut kerangka yang dicadangkan oleh Culpeper dan Entman. Dapatan kajian menunjukkan netizen di kedua-dua media ini lebih banyak menggunakan bahasa berbentuk kritikan pedas atau aduan manakala reaksi yang ditonjolkan menjurus kepada penilaian netizen terhadap maklumat yang dibaca. Hal ini menunjukkan kegagalan kerajaan menangani isu ini sekali gus memberi ruang netizen menzahirkan dan menggunakan komen bahasa yang tidak santun. Ini dapat dilihat daripada pemikiran dan sikap serta nilai kesantunan ketika berbahasa kian luntur dalam kalangan masyarakat. Kajian ini juga menunjukkan reaksi netizen yang cenderung kepada membuat tafsiran sendiri yang mungkin disebabkan sentimen kebencian individu tersebut, pengaruh politik, laskar siber atau hanya membaca tajuk sahaja.
Kata kunci: Netizen, bentuk ketidaksantunan, Facebook, COVID-19, pembingkaian.
Full Text:
PDFReferences
Amirah Ahmad, Noriza Daud, Norizah Ardi, & Nurrisammimayanti Ismail. (2019). Ketidaksantunan bahasa dalam komen isu peletakan jawatan YDPA. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara. Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.
Azhar Kasim, Mohd Azizuddin Mohd Sani, Awan Ismail, & Azzamakhsyari Masri. (2015). Pembingkaian berita krisis selatan Thailand dalam akhbar aliran perdana di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 27-40.
Culpeper, J. (2005). Impoliteness and entertainment in the television quiz show: ‘The weakest link’. Journal of Politeness Research, 1(1), 35-72. https://doi.org/cg6ft4
Culpeper, J. (2011). Impoliteness: Using language to cause offence. London: Cambridge University Press.
Eisenlauer, V. (2014). Facebook as a third author—(Semi-)automated participation framework in Social Network Sites. Journal of Pragmatics, 72, 73—85.
Eriyanto. (2012). Analisis framing: Konstruksi ideologi dan politik media. Yogyakarta: LkiS.
Entman R.M. (2004). Projections of power: Framing news, public opinion, and US foreign Policy. University of Chicago Press.
Hootsuite. (2020). Digital 2020. https://www.hootsuite.com/resources/digital-2020
Maslida Yusof, & Karim Harun. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysia Journal of Communication, 31(2), 151-168.
Mohamad Abdul Nafi Azhari. (2006). Pemaparan isu Ambalat di akhbar arus perdana Indonesia studi analisis kandungan kepada akhbar Kompas dan the Jakarta Post. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Murugan Krishnan. (2018). Strategi ketidaksantunan bahasa dalam komen MalaysiaKini. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Nadia Fauzi. (2017). Penggunaan media sosial dalam dunia tanpa sempadan https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.pdf
Nor Azlina Mohd Noor, Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Rusniah Ahmad. (2020). Penyalahgunaan media sosial: Kerangka Institusi dan Undang-Undang di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 5(18), 57-67.
Normah Mustaffa. (2020). Pendapat awam dalam era digital. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nur Shazana Abdul Rani. (2018). Kecenderungan individu terhadap penggunaan Facebook berkaitan isu politik di Malaysia. Universiti Utara Malaysia.
Sheldon, P. (2008) The relationship between unwillingness to communicate and students’ Facebook use. Journal of Media Psychology, 20, 67-75.
Syahredzan Johan. (2020). Rakyat Malaysia bebas bersuara. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/94660
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528