Kajian Netnografi Masyarakat Pelbagai Etnik di Facebook Mengenai Kajian Kontrak Sosial

Khadijah Muda, Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Siti Nor Baya Yacob, Khairul Anwar @ Johari Mastor

Abstract


Media sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan pertelingkahan dalam masyarakat. Maka, satu kajian kualitatif telah dijalankan melalui kaedah netnografi yang bertujuan untuk meninjau realiti persepsi pengguna di media sosial terhadap kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada Informan yang merupakan pengguna media sosial yang memberi komen di setiap hantaran dalam halaman Facebook Kajian Kontrak Sosial. Dua jenis hantaran telah dibuat iaitu perkongsian formal dan tidak formal. Hasil dapatan menunjukkan penerimaan Informan majoritinya berbeza mengikut etnik, iaitu etnik Melayu lebih cenderung menerima atau bersikap lebih positif terhadap perbincangan mengenai kontrak sosial, manakala masyarakat bukan Melayu menerima dengan sikap bercampur baur serta lebih mudah beremosi terhadap perkara ini. Sikap tidak berpuas hati serta prejudis etnik bukan Melayu terpapar melalui respon atau tindak balas yang beremosi serta turut mengaitkannya dengan unsur politik perkauman. Lapan tema telah dihasilkan daripada analisis ini, iaitu i) sentimen perkauman, ii) ekonomi, iii) politik, iv) pengetahuan terhadap kontrak sosial, v) istilah kontrak sosial, vi) emosi terhadap kontrak sosial, vii) isu warganegara dan hak istimewa, viii) komen membina dan cadangan akan datang. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan etnik bukan Melayu kurang berpuas hati dengan istilah dan elemen-elemen kontrak sosial serta dikaitkan dengan sentimen politik, bangsa dan ekonomi. Walaupun ramai Informan yang dilihat menjawab dengan fakta, namun tidak dinafikan emosi banyak memberi kesan kepada penulisan Informan.

 

Kata kunci: Perpaduan, unsur tradisi, perlembagaan persekutuan, media sosial, multietnik.


https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3802-02


Full Text:

PDF

References


Abd. Manaf Hj Ahmad. (2009). Kontrak sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori & praktis. Shah Alam: Arah Publication Sdn Bhd.

Asrol Awang. (2019, 16 April). 209 laporan hina Agong direkodkan. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445302/209-laporan-hina-agong-direkodkan

Bernama. (2019, 11 November). Lebih 21,000 maklumat diterima daripada orang awam menerusi platform 3R. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-clippings/lebih-21-000-maklumat-diterima-daripada-orang-awam

Berry, K. (2011). The ethnographer’s choice: Why ethnographers do ethnography. Cultural Studies - Critical Methodologies, 11(2), 165-177. https://doi.org/frqnts

Denzin, N. K., & Lincol, Y. S. (2011). The Sage handbook of qualitative research. USA: Sage Publications.

Forbes. (2022). Malaysia’s 50 Richest. https://www.forbes.com/malaysia-billionaires/list/#tab:overall

Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2018, 4 November). Himpunan bantah ICERD berlangsung aman. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/494558/himpunan-bantah-icerd-berlangsung-aman

Khadijah Muda, Nazri Muslim, Siti Nor Azhani Mohd Tohar, & Fazilah Idris. (2021). The social contract or traditional elements in the Federal Constitution of Malaysia: An analysis of its application. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(11), 1001–1017. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v11-i11/10539

Khazi Haika. (2019, 31 Mac). Tak adil kepada lepasan SPM, STPM jika iktiraf UEC. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/547442/tak-adil-kepada-lepasan-spm-stpm-jika-iktiraf-uec

Kozinets, R. V. (1998). On netnography: Initial reflections on consumer research investigations of cyberculture. Advances in Consumer Research, 25, 366–371.

Kozinets, R. V. (2010). Netnography: Doing ethnographic research online. Singapore: SAGE.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice hall.

Mastura Abd Wahab, Khadijah Muda, & Wan Fazrul Azdi Wan Razali. (2020, 4 November). Islam sebagai agama persekutuan dalam kontrak sosial di Malaysia (Conference paper). Dibentangkan di International Conference on Aqidah, Religions and Social Science (SIGMA10) 2020. Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia, pp. 22-29.

Mior Kamarulbaid Mior Shahid. (2019, 4 Februari). Perbuatan hina Agong tak boleh dimaaf. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/02/527442/perbuatan-hina-agong-tak-boleh-dimaaf

Mohd Rizal Yaakop, & Shamrahayu A. Aziz. (2014). Kontrak sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 pengikat jati diri bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Mohd Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ridzuan Abu Hassan. (2020, 28 Julai). Jakim kenal pas 431 aduan, 83 pautan hina Islam di media sosial. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/94386/BERITA/Nasional/Jakim-kenal-pasti-431-aduan-83-pautan-hina-Islam-di-media-sosial

Mohd Izatul Izuan Tahir. (2019, 18 April). Kesal Papan tanda tulisan Cina. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/24227/EDISI/Selangor-KL/Kesal-papan-tanda-tulisan-Cina

Mohamad Rafiuddin Mohd Azmi, Sasikumar Kamalanathan, Ajmain @ Jimaain Safar. (2019). Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. Dalam Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) (87-100). Skudai: UTM.

Nor Afzan Mohamad Yusuf. (2018, 16 Julai). 300 NGO bantah UEC. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449781/300-ngo-bantah-uec

Nur Atikah Ibrahim, & Maslida Yusof. (2020). Sindiran dalam media sosial: perspektif lakuan bahasa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(2), 269-288.

Reeves, S., Kuper, A., & Hodges, B. D. (2008). Qualitative research methodologies: ethnography. British Medical Journal, 337, a1020. https://doi.org/10.1136/bmj.a1020

Rohayati Paidi & Asmadi Hassan. (2021). Berita Pakatan Harapan: Analisis Terhadap Tingkah Laku Pengguna Media Sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(3), 18-37.

Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, & Nasrudin Subhi. (2019). Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 101-118.

Shamsul Kamal Amarudin. (2018, 18 November). Perhimpunan besar-besaran 8 Disember bantah ICERD. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/499267/perhimpunan-besar-besaran-8-disember-bantah-icerd

Syahira Omar, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2017). Isu penghinaan terhadap Institusi Diraja Malaysia: Analisis kandungan akhbar dalam talian. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1), 1–18.

Syed Umar Ariff, Mohd Iskandar Ibrahim, Nor Ain Mohd Radhi, Ahman Suhael Adnan, & Faris Fuad. (2018, 9 Disember). SUHAKAM akan terus nasihat kerajaan ratifikasi ICERD. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507179/suhakam-akan-terus-nasihat-kerajaan-ratifikasi-icerd

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah, Mohamed Anwar Omar Din, & Hanif Md Lateh @ Junid. (2017). Raja-Raja dalam Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Satu kajian sejarah perundangan. Journal of Nusantara Studies, 2(1), 27-39. https://doi.org/10.24200/jonus.vol2iss1pp27-39

Wan Amizah Wan Mahmud, & Muhammad Adnan Pitchan. (2017). Media baharu dan Institusi Raja di Malaysia: Kes penghinaan Raja-raja di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 406–422. https://doi.org/hww2


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528