Analisis Fenomenologi Khalayak Sinema Tamil Malaysia

Badrul Redzuan Abu Hassan

Abstract


Sinema Tamil tempatan merupakan sebahagian daripada industri perfileman nasional. Pengaruh sinema ini dilihat mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berjaya mencapai kutipan pecah panggung menerusi Vedigundu Passange arahan Dr. Vimala Perumal. Namun, cabaran industri ini bukanlah disebabkan statusnya sebagai sinema minoriti, tetapi perlu bersaing dengan industri perfileman India khususnya Kollywood yang bertaraf global dan sentiasa dijadikan ukuran perbandingan. Tujuan utama makalah ini ialah untuk mengimbau dan memahami sikap dan pengalaman penontonan filem-filem berbahasa Tamil dalam kalangan khalayak masyarakat India di negara ini. Pendekatan fenomenologi telah digunakan sebagai panduan untuk melakukan penelitian tentang bagaimana khalayak membina pengetahuan, kesedaran dan pengalaman individu selaku subjek yang menonton filem-filem Tamil tempatan dan Kollywood. Menggunakan kaedah temubual berfokus, dapatan kajian dapat dirumuskan dalam 3 aspek: pertama, khalayak sinema Tamil tempatan hari ini majoritinya ‘mendewasa’ dengan keetnikan Tamilnadu atau jingoisme Bollywood dan masih bergelut untuk menerima kelainan dan inovasi pada naratologi, sinematografi, penataan muzik atau seni lakon, dan penggunaan teknologi komputer dan kesan khas; kedua, khalayak sinema Tamil tempatan dilihat mula menyedari fungsi Bahasa Tamil dan  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sebagai penanda keetnikan masyarakat Tamil; dan ketiga, pendekatan fenomenologi telah mendedahkan walaupun kesedaran dan afiniti kolektif khalayak tempatan telah dibina oleh imaginari ‘tanah leluhur’ secara signifikan, mereka komited untuk membuktikan daya ketahanan mereka dalam menghadapi pengaruh imaginari berdiaspora itu. Kesimpulannya, sikap ambivalen dalam kalangan khalayak filem Tamil negara ini mungkin terbentuk dari imaginari ketamilan yang global. Mereka seharusnya turut sedar akan implikasi daripada konstruksi dan konsumsi imaginari ini ke atas payung kebudayaan negara ini.

 

Kata kunci: Diaspora, keetnikan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, sinema Tamil, vernakular.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3704-03


Full Text:

PDF

References


Ahmad Murad Merican. (2015). Batu Uban: Sejarah awal Pulau Pinang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ang, I. (1991). Desperately seeking the audience. London: Routledge.

Corbett, S., & Wessels, B. (2017). Active audiences and reflexivity: How film audiences form in northern English regions. Participations: Journal of Audience & Reception Studies, 14(2), 63-22.

Elinwa, O. J. (2020). Audience readings and meaning negotiation in the film viewing space: an ethnographic study of Nollywood’s viewing center audience. SAGE Open, 10(3). https://doi.org/10.1177/2158244020939537

Grundström, H. (2018). What digital revolutions? Cinema-going as practice. Participations. Journal of Audience & Reception Studies, 15(1), 5-22.

Hall, S., & Morley, D. (2018). Essential essays (Vol. 1). New York: Duke University Press.

Hasmah Zainuddin, Tham Jen Sern, Fauziah Ahmad, Badrul Redzuan Abu Hassan, Julia Wirza Mohd Zawawi, Norliana Hashim, & Muhammad Badri Ishak. (2017). Burying the news for the public: Agenda-cutting of the Tamil newspapers and MIC candidate Facebook during the 13th General Election. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(2), 55-72.

Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Emma Mohamad. (2015) Analisis penggunaan kesan khas visual digital (DVFX) terhadap genre dan naratologi filem pendek. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 99-115.

Hatta Azad Khan. (1997). The Malay cinema. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iser, W. (1972). The reading process: A phenomenological approach. New Literary History. 3(2), 279-299.

Lily El Ferawati Rofil, Md. Azalanshah Md. Syed & Azizah Hamzah. (2015). ‘Jadi Melayu’: Televisyen dan pembentukan identiti wanita keturunan Jawa di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 41-58.

Lily El Ferawati Rofil, Azizah Hamzah, & Md. Azalanshah Md. Syed. (2016). Studying a television audience in Malaysia: A practice of audience ethnography in Kampung Papitusulem, Sabak Bernam, Selangor. Pertanika: Journal of Social Sciences & Humanities, 24(3), 1147-1161.

Mohd. Faizal Musa. (2021). Pembohongan 50 tahun. Di mana kita dan apa ertinya kebudayaan kebangsan sekarang? Jurnal Svara, 6(April-Jun), 30-36.

Neubauer, B. E., Witkop, C. T. & Varpio, L. (2019). How phenomenology can help us learn from the experiences of others. Perspect Med. Educ., 8, 90–97.

Premalatha Karupiah, Sundramoorthy Pathmanathan, & Bala Raju Nikku. (2020). Perception of sexual violence in Tamil movies by Malaysian Indian viewers. Feminist Media Studies, 1-16.

Radway, J. (1984). Interpretive communities and variable literacies: The functions of romance reading. Daedalus, 113(3), 49-73.

Ravindran, G. (2008). Malaysian Tamils and transnational Tamil cinema: Diasporic identities, ‘crisis hetrotopia’ and ‘aura’. Jurnal Skrin Malaysia, 5, 99-118.

Ravindran, G. (2007). The rhizomatic flows of the transnational Tamil cinema in Asia and Web 2.0. Philippine Sociological Review, 55, 64-77. https://www.jstor.org/stable/23898246

Silllalee a/l S. Kandasamy. (2015). Filem-filem Tamil di Malaysia: Suatu pemerhatian terhadap ketaksamaan sosial [Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya]. UM Repository.

Smith, A. D. (2010). Nationalism: Theory, ideology, history [2nd ed.]. Polity Press.

Velayutham, S. (2008). The diaspora and the global circulation of Tamil cinema. In Velayutham, S. (Ed.), Tamil cinema: The cultural politics of India’s other film industry (pp. 172-188). London: Routledge.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528