Perbincangan Orientalisme Melalui Analisis Semiotika dalam Animasi

Izra Inna Md Idris, Mohamad Saleeh Rahamad, Md Azalanshah Md Syed

Abstract


Kajian ini menyingkap, menginterpretasi dan memahami pengaruh orientalis dalam siri animasi Saladin: The Animated Series melalui analisis semiotik Roland Barthes. Elemen semiotik ini dapat dilihat dalam kerangka semiotik daripada Barthes dengan memecahkan tanda kepada dua komponen, iaitu signifier dan signified. Sistem tanda ini digunakan untuk melihat pemaparan simbol melalui bingkai atau frame dalam animasi ini. Analisis kajian ini meneliti perubahan siri animasi ini daripada tajuk, poster, penggunaan bahasa, yang menghasilkan wacana orientalisme untuk merendahkan tokoh Islam, Salahuddin al-Ayubi. Dapatan kajian mendapati nama tokoh Islam yang dijadikan tajuk siri animasi ini mengambil nama panggilan orang Barat, Saladin dan bukannya Salahuddin al-Ayubi. Seterusnya, berlaku perubahan dalam pemaparan tokoh Islam dalam poster filem animasi Saladin ke siri animasi Saladin: The Animated Series. Berlaku kekeliruan apabila wajah Saladin, hero siri animasi ini tidak diletakkan di tengah poster. Perubahan pemaparan tokoh Islam dalam setiap poster tersebut menunjukkan berlakunya pengaruh orientalisme. Dari segi penggunaan bahasa pula, kajian ini menganalisis dialog sebagai petanda dan siri animasi ini menunjukkan penerimaan unsur pengaruh luar seperti penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, alih bahasa dalam bahasa Arab dilakukan untuk penonton di Timur Tengah, dan bahasa Melayu hanya diletakkan sebagai subtitle atau sari kata. Hasil penelitian menunjukkan bahawa orientalisme mencalarkan identiti tokoh Islam ini.

 

Kata kunci: Orientalisme, semiotik, sistem tanda, penanda (signifier), petanda (signified).

 

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3701-17


Full Text:

PDF

References


Al-Quran Tajwid dan Terjemahan. Resam Uthmani Bahasa Melayu. Maghfirah Pustaka.

Abdul Malik Munip. (2003, Julai 29). Sebab Barat tidak boleh terima Islam (bahagian akhir). Utusan Malaysia.

Abdul Mun'im Al-Hasyimi. (2007). Para penakluk: Kisah para panglima Muslim menaklukkan dunia [Abdurrochim & Hassan Barakuan, Terj.]. Akbar Media Eka Sarana.

Anuar Nor Arai. (1996). Teori dan kritikan filem: Internal composition of the close-up, movements of camera, duration, objective-subjective, close-up. Jabatan Media dan Komunikasi Universiti Malaya.

Azhar Abdul Rahman. (2003). Pengaruh pemikiran Orientalis terhadap pendidikan Islam di Malaysia: Suatu kajian mengenai sumber-sumber sejarah Islam di Malaysia [Tesis kedoktoran Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur].

Azhar Wahid. (2011). Hegemoni intelektual kolonialisme dalam novel Melayu. Jurnal Melayu, 6, 169-185.

Barthes, R. (1964). Elements of semiology. Hill and Wang.

Barthes, R. (1988). The semiotics challenge. Hill and Wang.

Benda, H. J. (1972). Christiaan Snouck Hurgronje and the foundation of Dutch Islamic policy in Indonesia. In H. J. Benda (Ed.), Continuity and change in Southeast Asia: Collected Journal Articles of Harry J. Benda. Yale University Southeast Asia Studies.

Betulkan Balik Fakta Animasi Saladin. (2011). Home [Facebook page]. Facebook. https://www.facebook.com/Betulkan-balik-fakta-animasi-Saladin

Bristow, S. (Pengarah). (2010). Saladin: The animated series [Siri animasi]. Koridor Raya Multimedia (MSC).

Chandler, D. (2002). Semiotics: The basics. Routledge.

Colapietro, V. M., & Olshewsky, T. M. (1996). Peirce’s doctrine of signs. Teory, applications, and connections. Berlin: Division of Walter & Gruyer & Co.

Eco, U. (1979). A theory if semiotics. Indiana University Press.

Ed-Din, B. (2007). The life of Saladin: What befell Sultan Yusuf (Salah Ed-Din) (1137-1193 A.D.). Adam Publishers & Distributors.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2017). Gerakan orientalisme di Malaysia. Jurnal Peradaban, 2, 67-77. https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/view/7794

Fiske, J. (1990). Introduction to communication studies (2nd ed.). Routledge.

Gil, M. (1997). A history of Palestine 634-1099 (terj. Ethel Broido). Cambridge University Press.

Hart, M. H. (1978). The 100: A ranking of most influential person in history. Hart Pub. Co.

Hassan Abdul Muthalib. (2008). Sejarah perkembangan animasi tempatan. Aswara.

Izra Inna Md Idris, Mohamad Saleeh Rahamad@Ahamad, & Md Azalanshah Md Syed. (2017). Saladin: The animated series sebagai wacana orientalisme. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 19(1&2,), 1-22.

Lane-Poole, S. (1906). Saladin and the fall of the Kingdom of Jerusalem. G.P. Putnam's Sons.

Loomba, A. (1998). Colonialism/ Postcolonialism. Routledge.

M. Fazmi Hisham, Zairul Anuar Md Dawam, & Imelda Ann Achin. (2019). Analisis semiotik watak dalam filem “Terbaik dari Langit”. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(5), 124-144. http://www.ijham.com/PDF/IJHAM-2019-05-06-10.pdf

Mahmud Hamdi Zaqzuq, Mudasir Rosder, & Che Yusoff Che Mat. (1989). Orientalisme: Kesan pemikirannya terhadap tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2013). Berdiri di akar diri. Kritikan sastera Melayu pascamoden. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Metz, C. (1995). Film language: A semiotics of the cinema. The University of Chicago Press.

Mohamad Sofee Razak. (2009). Serangan Orientalis ke atas pemikiran umat Islam. mohamadsofee. https://mohamadsofee.blogspot.com/2009/01/serangan-orientalis-ke-atas-pemikiran.html

Mohammad Redzuan Othman. (2003). Menyahut panggilan Kaabah: Sejarah pemergian orang melayu ke tanah suci dan kepentingannya kepada orang Melayu sebelum Perang Dunia Ke-II. Jurnal Usuluddin, 18, 175-198.

Mohd Farhan Abd Rahman. (2014). Pandangan R. O. Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu [Tesis Sarjana Bahagian II, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya].

Mohd Fikri Che Hussain. (2011). Awas ancaman Orientalis kepada kita. Karya Bestari Sdn. Bhd.

Mohd Roslan Mohd Nor, & Nor Shakila Mohd Noor. (2012). Salahuddin Al-Ayubi dalam menangani masyarakat Kristian di Islamic Jerusalem dan Palestin. Jurnal Usuluddin, 35(Januari-Jun), 81-98.

Mudjiono, Y. (2011). Kajian semioka dalam film. Jurnal Ilmu Komunikasi, 1(1), 125-138. http://jurnalfdk.uinsby.ac.id/index.php/JIK/article/view/101

Nilan, P. (2008). Muslim media and youth in globalizing Southeast Asia. In Kim, Y. (Ed.), Media consumption and everyday life in Asia (pp. 45-58). Routledge.

Nor Ain Matnoh, & Zairul Anuar Md. Dawam. (2016). Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosiobudaya masyarakat dalam filem Ola Bola (2016). e-Bangi, 16(6), 1-13.

Noriza Daud. (2004). Semiotik daripada perspektif Islam: Konsepsi lambang pantun warisan rakyat [Tesis Sarjana, Universiti Malaya].

Rosenthal, F. (2007). Knowledge Triumphant: The concept of knowledge in Medieval Islam. Brill.

Silver Antz. (2014). https://www.silver-ant.com/

Said, E. W. (1978). Orientalism: Western conceptions of the orient. Penguin Group.

Said, E. W. (2001). Power, politics, and culture: Interviews with Edward W. Said. Random House, Inc.

Saladin Convoy. (2008, Januari 2). Animasi Saladin - Indah khabar dari rupa? http://saladinconvoy.blogspot.com/2008/01/animasi-saladin-indah-khabar-dari-rupa.html

Sartre, J. P. (2001). Colonialism and neo-colonialism (Heddour, A., Brewer, S., & McWilliams, T., Trans.). Routledge.

Saussure, F. d. (1986). Course in general linguistics (Bally, C., Sechehaye, A., & Riedlinger, A. Eds., Harris, R., Trans.). Open Court.

Shamsul Amri Baharuddin. (2000). Ilmu kolonial dan pembinaan fakta mengenai Malaysia. Dlm. Rahimah Abdul Aziz (pnyt.), Masyarakat, budaya dan perubahan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sobur, A. (2006). Semiotika komunikasi (Pengantar Yasraf Amir Piliang). PT Remaja.

Sujawoto, F. A. (2012). Citra Indonesia di dunia internasional melalui fotografi: Kajian kritis atas orientalisme hubungan internasional. Jurnal Studi Hubungan Internasional, 2(2), 118-141.

Syed Alwi Alatas. (2015). Biografi agung Salahuddin Al-Ayyubi. Karangkraf.

Umar, A. M. (1978). Orientalisme dan studi tentang Islam. Bulan Bintang.

White, T. R., & Winn, J. E. (1999). Islam, animation, and money: The reception of Disney’s Aladdin in Southest Asia. In Lent, A. J. (Ed.), Themes and issues in Asian cartooning: Cute, cheap, mad, and sexy (pp. 61-76). Bowling Green State University Popular Press.

Wibowo, I. S. W. (2013). Semiotika komunikasi – Aplikasi praktis bagi penelitian dan skripsi komunikasi (Edisi 2). Mitra Wacana Media.

Young Jump. (2014). Saladin 2008-2012.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528