Dilema Pembikin Filem Dokumentari Indie Malaysia

Loh Yoke Ling, Mohd. Nor Shahizan Ali

Abstract


Filem dokumentari adalah filem bukan fiksyen mempunyai unsur pemujukan, isi kandungan yang objektif dan teknik sinematik yang kandid. Ia merupakan alat propaganda yang penting bagi membantu kerajaan dalam aktiviti pembangunan negara dan perubahan sikap rakyat. The Freedom Film Fest yang dianjurkan setiap tahun sejak tahun 2003 oleh Pusat Komunikasi Masyarakat telah memberi saluran alternatif dan ruang yang lebih bebas daripada batasan undang-undang kepada pembikin filem dokumentari indie untuk merepresentasikan isu-isu sosial, ekonomi dan politik. Namun, genre media ini tidak mendapat sambutan yang ramai terutamanya remaja atau industri filem kerana ia dianggap sebagai medium yang kurang menarik. Kebanyakan pembikin filem dokumentari indie tidak lagi menerbitkan filem dokumentari memandangkan ia tidak mendapat sambutan ramai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pembikin filem dokumentari terutamanya mereka yang digelar pembikin filem indie di dalam Malaysia. Temubual bersama lima orang penerbit dan pembikin filem dokumentari indie telah dijalankan dalam penyelidikan ini untuk meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menghasilkan filem dokumentari. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kurangnya platform pengedaran dan penyiaran, kewangan, promosi, batasan undang-undang, teknik penerbitan dan rancangan penerbitan yang tidak sempurna merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pembikin filem dokumentari indie di industri Malaysia.

 

Kata kunci: Filem dokumentari Indie, pembikin filem dokumentari, industri filem malaysia, pengedaran dan penyiaran, pemikiran kritikal.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3801-02


Full Text:

PDF

References


Asiah Sarji, Faridah Ibrahim, & Shamsubaridah Ramlee. (2009). Industri dokumentari di Malaysia: Isu dan hala tuju. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Abdul Latif Ahmad Nawawi. (1991). Filem-filem cereka terbitan filem negara Malaysia antara tahun 1977-1987. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Badrul Redzuan Abu Hassan, & Roslina Abdul Latif. (2013). Epistephilic forces in Malaysian Indie documentary. Journal of Asian Pacific Communication, 23(2), 287-304.

Buckland, W. (2003). Teaching yourself: Film studies. Great Britain: Hodder & Stoughton Educational.

Butchart, G. C., & Har-Gil, A. (2019). Reflection as ethical process in documentary film: Eight decision-making issues. Journal of Media Ethics, 34(2), 58–72. https://doi.org/hnng

Chang, H.-N. (2017). Unfolding time to configure a collective entity: Alternative digital movies as Malaysian national cinema [Doctoral dissertation, Ohio University]. OhioLINK ETD Center. http://rave.ohiolink.edu/etdc/view?acc_num=ohiou1490956487498085

Chattoo, C. B. (2018). Oscars so white: Gender, racial, and ethnic diversity and social issues in U.S. documentary films (2008–2017). Mass Communication and Society, 21(3), 368-394. https://doi.org/10.1080/15205436.2017.1409356

Cheung, T. L. (2020) The film festival of independent and underground: The case of DOChina. In Vallejo A., & Winton E. (Eds.), Documentary film festivals (Vol. 1., pp. 175–191). Palgrave Macmillan, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-030-17320-3_12

Deng, H. (2022). Talking heads in chinese independent cinema: Discourses and speaking rights. Social Semiotics, 32(1), 79-94. https://doi.org/10.1080/10350330.2019.1694401

Dol Ramli. (1973). Peranan sebaran am dalam usaha mengujudkan dan memupuk keperibadian kebangsaan Malaysia. Asas kebudayaan kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan.

FINAS. (2020). Maslis penyerahan surat tawaran dana kandungan digiral (DKD). https://www.finas.gov.my/en/majlis-penyerahan-surat-tawaran-dana-kandungan-digital-dkd/

Fitera, J. M. (2019). Public service broadcasting in Taiwan: Cultural issues and national identity conveyed in documentaries. Church, Communication and Culture, 4(2), 184-215. https://doi.org/10.1080/23753234.2019.1616577

Friedrich, K. (2016). What is social media and why it is important to documentary filmmakers. Media Watch, 7(1), 55-74.

Johnson, M. D. (2017). Institutionalizing Independence: Security, Culture, and Unofficial Documentary Filmmaking under the Xi Jinping Government. Problems of Post-Communism, 64(3-4), 152–166. https://doi.org/10.1080/10758216.2016.1271280

Juliana Abdul Wahad. (2011). The more the merrier? Current trends in future directions of Malaysian television industry in the era of marketisation. Journal of Comparative Asian Development, 6(2), 219-245.

Juliana Abdul Wahad. (2010). Malaysian reality TV: between myth and reality. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 26(2), 17-32.

Loh Yoke Ling, Mohd. Nor Shahizan Ali, Normah Mustaffa, & Yong Ching Fei (2018). Pengaruh ideologi estetik media ‘the Malayan emergency (2010): Dalam isu komunis dan keselamatan negara. Journal of Social Media and Humanities, 15(4), 25-35.

Loh Yoke Ling, Mohd. Nor Shahizan Ali, & Normah Mustaffa. (2019). Youth media literacy in interpreting the ideology of the film documentary the Malayan emergency (2010). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 195-210.

Mahyuddin Ahmad, Lee Yuen Beng, & Wang Lay Kim. (2017). Democratisation of cinematic space in Malaysia: Digital film activism and the freedom film festival. Journal of Han Chiang, 9, 123-147.

Megat Al Imran Yasin. (2004). Political economy of Malaysia documentary productions [Tesis PhD, University of Cardiff Wales, United Kingdom].

Meor Zailan Sulaiman. (1990). Filem dokumentari dan peranannya dalam menggerakkan kesedaran sosial di dekad tiga puluhan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 6, 7-16.

Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim, & Mus Chairil Samani. (2011). Analisis naratif filem dokumentari The Kinta story (1949). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(2), 183-202.

Mohd. Nor Shahizan Ali, & Lyndon, N. (2015). Communists as saviors - reading from real teenage community generation. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4S3), 102-107. https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n4s3p102

Monk, P. (2008). China, Taiwan, and the future of geopolitics. Quanrant, 52(7-8), 50-56.

Morrow, K. (2021). Living in hot topics: Interactions of social media and cinema in Glass Children (Rong Guangrong, 2019) and Better Days (Derek Tsang, 2019). Journal of Chinese Cinemas, 15(2-3), 158-163. https://doi.org/10.1080/17508061.2021.2003063

Muhd Shukri, Fatimah Abdullah, & Nur Afifah Vanitha. (2020). Perkembangan industri filem national Malaysia (1933-1989). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 47(2), 126-148.

Pearce, M. (2015). Fragmenting American myths: Ideology and counter-ideology in the documentary film of Frederick Wiseman, Louise Malle and Michael Moore. Studies in Documentary Film, 9(2), 161-171.

Pronay, N., & Wilson, K. (2020). The political re-education of Germany and her allies. After World War II (1st ed). New York: Routledge.

Pramaggiore, M., & Wallis, T. (2011). Film: A critical introduction (3rd ed.). United Kingdom: Laurence Ling Publishing Ltd.

Putri Tasnim Mohd Arif. (2012). People voices: The ‘creative treatment of the actuality’ in Malaysian documentary. Asian Documentary Today, 170-189.

Raja Ahmad Alauddin. (2004). Penerbitan filem dokumentari: Satu tinjauan terhadap perkembangan sejarah dan teknologi. Jurnal Skrin Malaysia, 1, 1-10.

Saunders, D. (2010). Documentary. Great Britain: TJ International Ltd.

Shaw, G., & Zhang, X. (2017). Cyberspace and gay rights in a digital China: Queer documentary filmmaking under state censorship. China Information, 32(2), 270–292. https://doi.org/10.1177/0920203X17734134

Svensson, M. (2017). Digitally enabled engagement and witnessing: the Sichuan earthquake on independent documentary film. Studies in Documentary Film, 11(3), 200-216.

Swann, P. (1989). The British documentary film movement, 1926-1946. Cambridge: Cambridge University Press.

Tong, S. (2018). Sino-Canadian documentary co-production: Transnational production mode, narrative pattern and theatrical release in China. Studies in Documentary Film, 12(3), 239-255. https://doi.org/10.1080/17503280.2018.1528089

Wan Amizah, Faridah Ibrahim, Fuziah Kartini, Hassan Basri, & Normah Mustaffa. (2011). Perkembangan penapisan filem di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(1), 34-52.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528