Lagu Malaysia Truly Asia Sentuhan Ahmad Nawab: Sebuah Penjenamaan Bangsa Berakarkan Rumpun Nusantara

Shazlin Amir Hamzah, Shamsul Amri Baharuddin

Abstract


Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat apabila diperdengarkan tentang keunikan Malaysia. Pada 1999, lagu Malaysia Truly Asia telah digubah oleh Dato’ Seri Ahmad Nawab dan kini kekal sebagai lagu paling ikonik bagi kempen ini. Lagu ini asalnya direkodkan dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam tujuh belas bahasa asing untuk pasaran ke seluruh dunia. Lagu ini memperkenalkan dan mengenengahkan unsur-unsur warisan budaya tiga komuniti etnik utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan sentuhan kompang, alunan alat muzik (serunai), Wayang Kulit Kelantan, gendang tabla, akordion dan seruling yang disulamkan bersama muzik orkestra moden. Lagu-lagu nasional seperti ini mewakili serta membina persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengaitkan mereka kepada ideologi dominan yang bersifat ‘takrifan autoriti’ kerana berasaskan politik etno-nasional hasil peninggalan pihak kolonial. Artikel ini membincangkan konsep ‘penjenamaan bangsa’ yang digunakan sebagai alat pemasaran sektor pelancongan Malaysia. Bagi Malaysia, penjenamaan bangsanya akan sentiasa diisi dengan elemen-elemen warisan sejarah rumpun Nusantara yang bersifat hibrid dan dikongsi bersama. Simbol-simbol warisan sejarah yang tersulam kemas ke dalam budaya seni persembahan ini mengalir dalam jiwa Ahmad Nawab dan beliau kemudian menjelmakannya dalam sebuah lagu popular sehingga diterima ramai sebagai identiti Malaysia.

 

Kata kunci: Penjenamaan bangsa, warisan sejarah, sejarah hibrid, pelancongan, lagu popular.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3702-03


Full Text:

PDF

References


Abdul Samad Kechot, Rahim Aman, & Shahidi A. H. (2017). Komunikasi sosial dalam kalangan etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 158–172.

Anderson, B. (1983). Imagined communities: Reflection on the origin and spread of nationalism. London: Verso.

Anholt, S. (2007). Competitive identity: The new brand management for nations, cities and region. New York: Palgrave Macmillan.

Anholt, S. (2008). ‘Nation branding’ in Asia. Place Branding and Public Diplomacy, 4, 265-269.

Augustin, P., & Lochhead, J. (2015). Just for the love of it: Popular music in Penang 1930s-1960s. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Chopyak, J. D. (1987). The role of music in mass media, public education and the formation of a Malaysian national culture. Ethnomusicology, 31(3), 431-454.

Hafidah Samat. (2000, July 1). Ahmad Nawab’s midas touch. News Straits Times, p. 28.

Hanafi Hussin. (2018). View of branding Malaysia and re-positioning cultural heritage in tourism development. Journal of Southeast Asian Studies (Special Issue 2018, Rebranding Southeast Asia), 74–91. https://doi.org/10.22452/jati.sp2018no1.6

Jamil Sulong. (1993). Daftar filem Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Jordan, P. (2013). Nation branding: A tool for nationalism? Journal of Baltic Studies, 45(3), 283–303.

Mohd Haqkam Hariri. (2010). Datuk Dr. Ahmad Nawab bin Nawab Khan (Datuk Ahmad Nawab): Tokoh seniman negara ke-7. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Morais, D. (2013, May). “Malaysia: Truly Asia”: Double consiousness in Malaysia’s tourism advertising, or the double jeopardy of being Malaysian. In G. Pultar (Ed.), Imagined identities: Identity formation in the age of globalism (pp. 92-110). Project Muse. https://muse.jhu.edu/book/30910

Norfardilawati Musa, & Shuhaida Md Noor. (2020). The intersection of self and social identity in heritage brand destination. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1), 381–400. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3601-22

Olins, W. (2001). Branding the nation – The historical context. Brand Management, 9(4–5), 241–248.

Piroth, S. (2008). Popular music and identity in Quebec. The American Review of Canadian Studies, 38(2), 145–164.

Ramlahramgroup. (t.th.). Laman rasmi Ramlah Ram. http://ramlahram.com/

Salleh Yaapar. (2005). Negotiating identity in Malaysia: Multi-cultural society, Islam, theatre and tourism. Asian Journal of Social Science, 33(3), 473–485.

Shamsul Amri Baharuddin. (1996a). Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast Asian Studies, 34(3), 476-499.

Shamsul Amri Baharuddin. (1996b). Nations-of-intent in Malaysia. In S. Tonnesson & H. Antlov (Eds.), Asian forms of the nation (pp. 323–347). Leiden: Taylor & Francis Group.

Shamsul Amri Baharuddin, & Sity Daud. (2006). Nation, ethnicity, and contending discourse in the Malaysian state. In Boyd, R. & Ngo, T. W. (Eds.), State making in Asia (pp. 134–143). London: Routledge.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Reconnecting ‘the nation’ and ‘the state’: The Malaysian experience. In Abdul Rahman Embong (Ed.), Rethinking ethnicity & nation-building – Malaysia, Sri Lanka & Fiji in comparative perspective (pp. 204–215). Kajang: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Culture and governance in Malaysia’s survival as a nation (UKM Ethnic Studies Paper Series No. 3). Bangi: Institut Kajian Etnik (KITA).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (edisi Ke-2). Bangi: Institut Kajian Etnik.

Shazlin A. Hamzah. (2016a). Penjenamaan bangsa: Lagu-lagu patriotik popular dan pembentukan jenama Malaysia [Unpublished doctoral dissertation]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shazlin A. Hamzah. (2016b). Branding the Malaysian nation: Tracing the role of popular songs in the construction of an imagined community. Southeast Asian Social Science Review, 1(152–173).

Shazlin A. Hamzah. (2018). Negaraku: The national anthem binding Malaysians in integration (UKM Ethnic Studies Paper Series No. 59). Bangi: Institut Kajian Etnik (KITA).

Shazlin A. Hamzah. (2019). A Malaysian nation brand: The dissemination of it by radio Malaya via the song Tanah Pusaka. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 90–102. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3501-07

Syed Othman Syed Mohd Zakir. (2008). Seniman negara Ke-7: Datuk (Dr.) Ahmad Nawab. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (KEKKWA).

VM2020 Official Song Boasts Traditional Instruments and Beats. (2019, Sept 7). The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/07/vm2020-official-song-boasts-traditional-instruments-and-beats

Wells, W., Moriarty, S., Burnett, J., & Lwin, M. (2007). Advertising principles and effective IMC practice. Boston: Pearson Education.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528