Peranan dan Impak Agama dalam Adaptasi Antarabudaya Pelajar Muslim Malaysia di United Kingdom

Abdul Latiff Ahmad

Abstract


Kajian ini memberikan penekanan kepada peranan dan impak agama ke atas proses adaptasi pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Agama adalah perkara asas dalam kehidupan pelajar Melayu beragama Islam daripada Malaysia. Ianya turut menjadi asas kepada perhubungan yang dijalin dengan masyarakat di luar negara dan juga dalam kalangan masyarakat dari Malaysia yang turut sama berada di luar negara.  Kajian ini turut melihat apakah impak dari mempraktikkan agama Islam di luar negara sama ada masyarakat luar mula memahami ataupun pelajar terkesan dengan pengalaman negatif di luar negara. Model Keluk U dari Lyssgard (1955) telah digunakan sebagai kerangka kajian ini.  Seramai 10 orang pelajar prasiswazah telah ditemuramah di United Kingdom. Dapatan menunjukkan pelajar mengalami kejutan budaya namun ianya adalah satu fasa yang sangat singkat dan tidak memberikan implikasi yang berpanjangan. Ianya juga adalah tidak sukar untuk mereka mempraktikkan agama masing-masing terutama dengan kemudahan yang ada sekarang dan juga kefahaman masyarakat tentang kepelbagaian agama dan budaya. Antara aspek yang ditekankan adalah sistem sokongan yang kuat dalam kalangan masyarakat negara asal ataupun masyarakat dalam kalangan golongan beragama Islam. Rata-rata pelajar Malaysia Muslim mempunyai pengalaman yang positif dan mereka merasakan bahawa masyarakat luar dapat menerima mereka seadanya. Walaupun penerimaan adalah baik, mereka pernah mendengar pengalaman-pengalaman negatif yang pernah dihadapi oleh rakan mereka.

 

Kata kunci: Agama, adaptasi, antarabudaya, Muslim, Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Abdul Latiff Ahmad, Nur Zalila Md Zamri, Ali Salman, Emma Mirza Wati Mohamed, & Hasrul Hashim. (2014). Isu-isu dan masalah adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Australia. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9(2), 162-171.

Abdul Latiff Ahmad, Salma Ali, Ali Salman, & Sabariah Mohamed Salleh (2016). Adaptasi antarabudaya pelajar Nigeria di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 105-120.

Ahrari, S., Krauss, S. E., Suandi, T., Abdullah, H., Sahimi, A. H. A., Olutokumbo, A. S., & Dahalan, D. (2019). A stranger in a strange land: Experiences of adjustment among international postgraduate students in Malaysia. Issues in Educational Research, 29(3).

Baklashova, T. A., & Kazakov, A. V. (2016). Challenges of international students’ adjustment to a higher education institution. International Journal of Environmental & Science Education, 11(8), 1821-1832.

Balqis Mustafa, & Abdul Latiff Ahmad. (2019). Adaptasi antarabudaya penghijrahan pelajar Malaysia ke negara Asia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 18–34.

Chen, S.-H. (2009). A study of international students' life situation - A case study of the international students in University of Twente (Tesis Sarjana, University of Twente).

Costello, J. (2015). Students’ stories of studying abroad: Reflections upon return. Journal of International Students, 5(1), 50-59.

Ding, X. (2016). Exploring the experiences of international students in China. Journal of Studies in international Education, 20(4), 319-338.

Kim, Y. Y. (2000). Becoming intercultural: An integrative theory of communication and cross-cultural adaptation. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Lysgaard, S. (1955). Adjustment in a foreign society: Norwegian Fulbright grantees visiting the United States. International Social Science Bulletin, 7(1), 45-51.

Macionis, J., & Gerber, L. (2010). Sociology (7th ed.). Toronto, Canada: Pearson Education.

McDermott-Levy, R. (2010). Going alone: The lived experience of female Arab-Muslim nursing students living and studying in the United States. Nursing Outlook, 59(5), 266-277.

Mulyana, D., & Sri Eko, B. (2017). Indonesian students’ cross-cultural adaptation in Busan, Korea. Jurnal ASPIKOM, 3(2), 144-156.

Nurul Syahidah Ahmad, & Abdul Latiff Ahmad. (2018). Adaptasi budaya pelajar perempuan Islam antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-9.

Presbitero, A. (2016). Culture shock and reverse culture shock: The moderating role of cultural intelligencein international students’ adaptation. International Journal of Intercultural Relations, 53, 28-38.

Rabia, H. M. A. (2016). Undergraduate Arab international students' adjustment to US universities. International Journal of Higher Education, 6(1), 131.

Rohaiza Rokis, Norhidayah Mat Zain, & Nur Fatihah Md. Yusuf. (2017). A preliminary understanding on intercultural adaptation among African students in Malaysia: A groundwork study. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 9(2), 9-19.

Wang, Y., Li, T., Noltemeyer, A., Wang, A., & Shaw, K. (2018). Cross-cultural adaptation of international college students in the United States. Journal of International Students, 8(2), 821-842. https://doi.org/10.32674/jis.v8i2.116


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528