Penerimaan dan Penggunaan Portal E-Warga dalam Kalangan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Adnan Pitchan

Abstract


Revolusi industri 4.0 telah merancakkan pembangunan pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif dan mesra pengguna. Ini merupakan satu cabaran kepada pihak pengurusan dalam usaha mengadaptasi aplikasi dalam talian, urus tadbir sesebuah universiti terutama untuk mengurus pelbagai data serta maklumat yang melibatkan kepelbagaian pihak berkepentingan. Sesuatu sistem terbina disebabkan pelbagai faktor seperti mudah untuk digunakan, kebergunaan sistem tersebut, kepercayaan terhadap keselamatan sistem, kualiti maklumat, kualiti sistem dan juga kualiti perkhidmatan yang disediakan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah lama membangunkan satu aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Portal e-Warga untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan capaian dalam kalangan kakitangan universiti. Pandangan dan maklum balas daripada pengguna sistem amat penting untuk melihat dan membuat penambahbaikan ke atas sistem aplikasi dalam talian seperti Portal e-Warga ini. Kajian analisis deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan kakitangan UKM terhadap penggunaan Portal e-Warga. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 600 responden yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kakitangan Pelaksana, Pengurusan & Profesional serta Akademik. Hasil kajian mendapati kualiti sistem membantu urusan kerja warga UKM dan kualiti perkhidmatan portal e-Warga penting untuk membantu kakitangan bekerja secara berkesan dalam organisasi.

 

Kata kunci: Penggunaan, portal e-Warga, aplikasi dalam talian, industri 4.0, ICT.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Zaki Abd Latiff (2004). Teori perubahan sikap ke arah menjana kecemerlangan dalam kepimpinan. Jurnal Pendidikan, 79-85.

Al-alak, B. A., & Alnawas, I. A. M. (2011). Measuring the acceptance and adoption of e-learning by academic staff. Knowledge Management & e-Learning: An International Journal, 3(2).

Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, & Noraidah Sahari. (2010). Ke arah e-Kerajaan Berpusatkan Rakyat: satu Penerokaan awal memahami permintaan Perkhidmatan Awam dalam Talian di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM V), Jilid 2 (hlm. 14-24).

Hejrahtul Amani Halim, & Zakirah Othman. (2017). Strategi promosi melalui laman web: Kajian kes di Sri Lovely Farm. Symposium on Technology Management & Logistics. 6th-7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

Mohd Azul Mohamad Salleh, Ali Salman, Mohd Nor Shahizan Ali, & Hasrul Hashim. (2016). The importance of usability features in enhancing online communication satisfaction. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(1), 519-531.

Munirah Rosli, Issham Ismail, Azidah Abu Ziden, & Hanysah Baharum. (2012). The effectiveness learning materials and activities in e-learning portal. Malaysian Journal of Distance Education, 14(1), 17- 24.

Noraffandy Yahaya, & Ling Ning Ning. (2011). Kesediaan penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, 121-140.

Noraidah Sahari @ Ashaari, Zulridah Mohd Noor, & Hasmiah Kasimin. (2009). Prestasi perkhidmatan e-kerajaan daripada perspektif pengguna. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV), Jilid, 250-260.

Noraidah Sahari @ Ashaari, Norashikin Zainal Abidin, Emy Salfarina Alias, Hasmiah Kasimin, & Siti Hajar Mohd Idris. (2011). Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-Kerajaan di Malaysia. PROSIDING PERKEM V, 1 (hlm. 173-180).

Rogers, E. M. (1995). Diffusion of innovations (4th ed.). NY: Free Pr.

Rosenbaum, H., & Kleber, B. (2004). A socio-technical analysis of m-commerce in Japan: Research in progress. AMCIS Proceedings, (p. 334).

Rubiah Omar, & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 155-172.

Sari Hartini, Titik Misriati, Widiarina, & Rifda Nadhifah. (2018). Penerimaan pegawai terhadap SIMTEG bintang pelajar dengan technology acceptance model. Jurnal Sistem dan Teknologi Informasi, 6(4).

Wan Idros Wan Sulaiman, Noorzihidayah Md Noor, Ali Salman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2017). Pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan keorganisasian di Jabatan Penyiaran Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(1), 110-128.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528