Adaptasi Antarabudaya Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Negara Asia
Abstract
Setiap individu yang berpindah ke tempat baharu dan memasuki budaya baharu akan mengalami sebuah proses penyesuaian yang dikenali sebagai adaptasi antarabudaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti proses adaptasi antarabudaya yang dilalui oleh pelajar prasiswazah Malaysia yang mengikuti program pertukaran pelajar di empat buah negara Asia iaitu Indonesia, Jepun, Korea Selatan, dan Filipina. Fokus kajian ini tertumpu kepada perbezaan budaya, cara hidup pelajar Malaysia di luar negara, serta penyesuaian semula apabila kembali ke Malaysia. Model Keluk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) telah digunakan sebagai asas kepada kajian yang bermula daripada peringkat bulan madu, peringkat kejutan budaya, peringkat pemulihan dan akhir sekali peringkat pelarasan. Empat kumpulan fokus telah dijalankan membabitkan pelajar prasiswazah UKM yang telah mengikuti program pertukaran pelajar di empat buah negara Asia tersebut. Dapatan kajian mendapati bahawa proses adaptasi antarabudaya berlaku secara lazimnya kepada pelajar Malaysia yang pergi ke luar negara, walaupun terdapat segelintir yang tidak mengalami fasa bulan madu, kerana mengalami kesukaran setibanya di negara yang mereka lawati. Kajian ini juga mengenal pasti suatu fasa awal iaitu fasa persediaan. Di samping itu, penyesuaian semula di Malaysia juga adalah lebih mudah berbanding proses adaptasi di luar negara, yang mana kejutan budaya yang dialami sekembalinya ke tanah air tidaklah ekstrim seperti di luar negara. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati bahawa pengalaman antarabudaya mampu memberikan kesan yang positif kepada individu yang mengalaminya.
Kata kunci: Adaptasi, antarabudaya, pelajar Malaysia, negara Asia, model Keluk-W.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Latiff Ahmad, Emma Mirza, Rusyda Helma Mohd, Latiffah Pawanteh & Ali Salman. (2014). Adaptation and The New Media Technology: A Study on Malaysian Students in Australia and United Kingdom. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(1): 195-206.
Abdul Latiff Ahmad, Mohd Nazri Mohd Noh, Emma Mohamad, Rusyda Helma Mohd, Ali Salman, & Latiffah Pawanteh. (2015). Eksplorasi adaptasi antarabudaya pelajar melayu di Australia dan United Kingdom. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communicaation, 31(2), 389-403.
Bernard, H. R. (2002). Research methods in anthropology: Qualitative and quantitative approaches (3rd ed.). Walnut Creek: Alta Mira Press.
Black, H. T., & Duhon, D. L. (2006). Assessing the impact of business study abroad programs on cultural awareness and personal development. The Journal of Education for Business, 81(3), 140-144.
Costello, J. (2015). Students’ stories of studying abroad: Reflections upon Return. Journal of International Students, 5(1), 50-59.
Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed method research (2nd ed.). Thousand Oaks: Sage.
Deddy Mulyana, & Bertha Sri Eko. (2017). Indonesian students’ cross-cultural adaptation in Busan, Korea. Jurnal ASPIKOM, 3(2), 144-156.
Guo-Ming, C. (2013). Theorizing intercultural adaptation from the perspective of boundary game. China Media Research, 9(1), 1-10.
Gullahorn, J. T., & Gullahorn, J. E. (1963). An extension of the u-curve hypothesis. Journal of Social Issues, 19(3), 33-47.
Hofstede, G., Jan Hofstede, G., & Minkov, M. (2010). Cultures and organizations: Software of the mind (3rd ed.). New York: McGraw-Hill Education.
Hommadova, A. (2017). Phases of cultural adjustment of East Asian students: Intercultural communication and integration into American culture. Journal of International and Advanced Japanese Studies, 9, 171-192.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2016). Perangkaan pendidikan negara.
Kim, Y. Y. (2001). Becoming intercultural: An integrative theory of communication and cross-cultural adaptation. Thousand Oaks: Sage.
Lustig, M. W., & Koester, J. (2010). Intercultural competence: Interpersonal communication across cultures (6th ed.). Boston: Pearson.
Martin, J. N., & Nakayama, T. K. (2000). Intercultural communication in contexts (2nd ed.). USA: Mayfield.
Morinaga-Williams, E. (2018). Motehen: A case study of shifting perceptions of Japanese masculinity and desirability through study abroad. Journal of International Students, 8(4), 1569–1590.
Sabariah Mohamed Salleh & Siti Khadijah Hussin. (2017). Tekanan Akulturasi Pelajar Malaysia di Luar Negara. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1): 340-355.
Sawyer, R. & Chen, G. M. (2012). The impact of social media on intercultural adaptation. Intercultural Communication Studies, XXI(2), 151-169.
Sheng-He, C. (2009). A study of international students' life situation - A case study of the international students in University of Twente (Unpublished Masters dissertation, University of Twente, the Netherlands).
Zaw, H. T. (2018). The impact of social media on cultural adaptation process: Study on chinese government scholarship students. Advances in Journalism and Communication, 6, 75-89.
Zeller, W. J., & Mosier, R. (1993). Culture shock and the first-year experience. Journal of College and University Student Housing, 23(2), 19-23.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528