Logo Hari Kebangsaan 2018: Analisis Teori Seni dan Aplikasi Komunikasi Visual

Marzudi Md Yunus, Nuryuhanis Mohd Nasir, Nurul Haniza Samsudin

Abstract


Logo merupakan bahan komunikasi visual penting yang berfungsi sebagai lambang identiti suatu entiti, alat promosi, dan juga kempen. Dalam aspek lain, logo turut berfungsi sebagai agen penyampai maklumat kepada orang ramai. Logo turut berfungsi untuk membina imej korporat kepada suatu entiti atau acara. Jata negara yang menjadi simbol kepada sesebuah negara juga merupakan suatu logo yang mempunyai makna mendalam kepada sesebuah negara. Logo mempunyai makna berdasarkan suatu konteks yang berkait rapat dengan sosio-budaya sesuatu tempat. Elemen seni reka yang menghasilkan logo mempunyai makna yang tersendiri dalam suatu konteks dan masyarakat. Artikel ini menganalisis logo Hari Kebangsaan 2018 dalam aspek reka bentuk dan aplikasi ke atas medium yang menjadi perumah kepada logo. Setiap elemen yang diguna bagi menghasilkan rekaan logo dianalisis kesesuaiannya berdasarkan elemen dan prinsip seni lukis dan seni reka. Elemen rekaan yang dirujuk merangkumi unsur garisan, rupa, warna, jarak dan tona. Manakala prinsip rekaan yang dirujuk adalah imbangan, kontras dan perletakan unsur-unsur seni dalam rekaan. Teori komunikasi visual digunakan bagi menghurai dapatan kajian. Hasil analisis menunjukkan terdapat kecacatan pada pembinaan struktur dan pengurusan rekaan yang terdiri daripada elemen warna, prinsip disiplin yang telah menjejaskan kesempurnaan fungsi logo dalam aspek komunikasi visual. Beberapa cadangan terhadap penambahbaikan yang tidak menjejaskan struktur dan makna rekaan dikemukakan dalam artikel ini.

 

Kata Kunci: Logo, visual, komunikasi, rekaan, estetik.


Full Text:

PDF

References


Anom. (2016). Logo Hari Kebangsaan. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.

Hamidah Abdul Hamid. (1995). Pengantar estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanafi Mohd Tahir, Normah Mustaffa, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2018). Peranan visual reka bentuk kulit buku terhadap kemudahbacaan khalayak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 271-284.

Jonathan, D. (2018). The pointof art. Diperolehi daripada https://www.intellectbooks.com/ MediaManager/File/visualarts(final)web.pdf

Knobler, N. (1966). The visual dialogue: An introduction to the appreciation of art. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Lester, P. L. (2006). Visual communication - Images with message. Edisi ketiga. United State: Wadsworth/Thomson Learning.

Marzudi Md Yunus. (2005). Descriptive research on the various elements of emblems as accessories for motorcycles (Tesis Sarjana, University Teknologi Mara, Shah Alam, Malaysia).

Masri, A. (2010). Strategi visual. Yogyakarta: Jalasutra.

Meggs, P. B. (1989). A history of graphic design. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Mohamed Ali. (1991). Sejarah seni dunia. Shah Alam: Biroteks, Institut Teknologi Mara.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak, & Noorbathi Haji Badaruddin. (2002). Asas periklanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Aslah Akmal Azmi, & Mohd Samsudin. (2018). Propaganda British di Tanah Melayu pada Zaman Perang Dunia Pertama (1914-1916). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 19-41.

Nik Zulkifli Nik Hitam. (2018). Rasional logo Hari Kebangsaan 2018. Diperolehi daripada http://malaysiamerdeka.my/web/?page_id=330

Noraihan Mohamad, Mohd Sobhi Ishak, & Sabrina Mohd Rashid. (2016). Keputusan pembelian: Jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(1), 124-139.

Normah Mustaffa, & Faridah Ibrahim. (2018). Pembingkaian visual berita krisis Lahad Datu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 170-184.

Nurul Aishah Mohd Radzi, Normaliza Abd Rahim, & Nor Azuwan Yaakob. (2018). Wacana tekstual dalam iklan selebriti. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 198-213.

Parker, L. D. (1989). Applied graphic communication. South Melbourne: The Macmillan Company of Australia PTY. LTD.

Saiful Akram. (2018). Propaganda visual pada era penaklukan Jepun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Timothy, S. (2004). Design elemens: Understanding the rules and knowing them to break them. Singapure: Page One Publishing Private Limited.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528