Peranan Visual Reka Bentuk Kulit Buku Terhadap Kemudahbacaan Khalayak

Hanafi Mohd Tahir, Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud

Abstract


Setiap penerbitan buku menampilkan rekaan bentuk buku yang tersendiri. Reka bentuk kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menghebah, menyampaikan informasi dan maklumat awal kepada setiap khalayak sasaran. Situasi ini telah menyumbang kepada penerbitan, penghasilan dan penampilan reka bentuk kulit buku yang pelbagai dan menarik. Reka bentuk kulit buku menjadi elemen pertama dilihat oleh khalayak ketika proses membelek-belek dan pemilihan buku. Ketika ini khalayak cuba untuk memahami apa sahaja informasi yang terdapat pada reka bentuk kulit buku. Kemudahbacaan pada reka bentuk kulit buku merujuk kepada tafsiran visual illustrasi atau fotografi yang dilihat sama ada ianya difahami dengan mudah atau sebaliknya. Penggunaan dan pemilihan visual yang baik dapat memudahkan khalayak untuk memahami maksud yang hendak disampaikan dengan pantas. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan visual dalam mempengaruhi kemudahbacaan khalayak. Kaedah yang digunakan ialah perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan empat pereka grafik dan empat pensyarah Jabatan Grafik & Media Digital UiTM. Hasil kajian mendapati fotografi pada reka bentuk kulit buku memberi kesan yang baik dalam kemudahbacaan khalayak berbanding illustrasi. Dapatan kajian yang diperolehi dapat dijadikan panduan kepada penerbit buku dan pereka grafik dalam menghasilkan reka bentuk kulit buku keluaran tempatan yang baik dan berkualiti. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada kepentingan sosio-ekonomi negara, industri pendidikan negara dan industri penerbitan buku negara.

 

Kata Kunci: Reka bentuk kulit buku, visual, illustrasi, fotografi, kemudahbacaan.


Full Text:

PDF

References


Aidah Alias, Nadzri Mohd Sharif, Nor Fariza Baharuddin, Meor Hasmadi Meor Hamzah, & Farihan Zahari (2016). Penerokaan kesan pengajaran dan pembelajaran menggunakan visual imej dalam kalangan pelajar cacat pendengaran. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(1), 335-350.

Alias Bohari. (2006). Top 7 most important items for book cover. Diambil daripada http://top7business.com/?Top-7-Most-Important-Items-For-Book-Cover&id= 1631

Carol, D. (2008). A book inside, how to write, publish, and sell your story. USA: Plain & Simple Book.

Christine, S. C. (1999). Elemen-elemen dalam desian komunikasi visual. Jurnal Desain Komunikasi Visual Nirmana, 1(1).

Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan/buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (M’sia).

Jill, R. (2012). 10 steps to publish & succeed: How to put your best book forward. BC, Canada: Blue Star Press.

Lauren, P. (2006). Never judge a book by its cover. A Visual Argument. WRA 360.

Massey, T. (2005). The best dressed book in Academe. ASSOCIATES, 11(3). Diambil daripada http://associates.ucr.edu/305fmas.htm

Monica, L., & Forbes, G. (2000). The role of visual rhetoric in the design and production of electronic books: The visual book. The Electronic Library, 18(3), 190-201.

Mostafa Zamanian, & Pooneh Heydari. (2012). Readability of text: State of the art. Theory and Pratice in Language Studies, 2(1), 43-53.

Nathalie, D. (2011). The influence of typographic features on legibility: What type designers wish they could learn from. International Conference on Document Analysis and Recognition, Design & Computer Art, Concordia University.

Nadzri Mohd Sharif, Mohd Nor Shahrizan Ali, & Mohd Yusof Hj Abdullah. (2014). Literasi visual dalam inej digital fotografi forensik penyiasatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(Special Issue), 159-176.

Normah Mustaffa, & Faridah Ibrahim. (2018). Pembingkaian visual berita krisis lahad datu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 170-184.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan kualititif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: UPSI.

Richard, W., & Caroline, W. (2010). Judging a book by its cover: The unconscious influence of pupil size on consumer choice. Perception, 39(10), 1417-1419.

Sharifah Fatimah. (2010). Judging a book by its cover: Paratextual device employed in Blyton’s books in Malay. International Conference on Translation and Multiculturalism, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sharil Nizam Sha’ri, & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2017). Dalam Mohamad Suhaizi Suhaimi, Mohd Hazreen Shah Bin Hassan, & Norul Haida Redzuan (pynt.), Judul dan Blurb buku ilmiah. Diambil daripada http://conference.kuis.edu.my

Widad Othman, & Lee Ming Foong. (2004). Pembelajaran lukisan kejuruteraan berteraskan visualisasi: Keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah. Proceeding of National Conference on Graduate Research in Education: Penyelidikan Berkualiti Tunjang Kecemerlangan Pendidikan, 11 September 2004, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Zamanian, M., & Heydari, P. (2012). Readability of text: State of the art. Theory and Pratice in Language Studies, 2(1), 43-53.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.