Peranan Akhbar sebagai Wadah Komunikasi Pemerintah Selepas Pilihan Raya Umum 1969

Azlizan Mat Enh, Norlilawati Samak

Abstract


Pilihan Raya Umum 1969 (PRU 1969) dikaitkan dengan Tragedi 13 Mei yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah perhubungan kaum di Malaysia. Antara faktor tercetusnya tragedi ialah keghairahan parti-parti politik dalam memainkan isu-isu berbau perkauman dengan tujuan untuk memancing undi. Perbincangan politik yang dimainkan oleh parti-parti politik banyak yang menyentuh isu-isu sensitif yang sedikit sebanyak mengganggu gugat keharmonian kaum. Ianya telah menguji Demokrasi Permuafakatan Perikatan yang disemai sejak awal tahun tahun 1950-an. PRU 1969 juga memperlihatkan Parti Perikatan mengalami kemerosotan berbanding parti-parti pembangkang yang mendapat undi memberangsangkan. Ekoran itu, pelbagai langkah dilaksanakan selepas pilihanraya bagi mengatasi kelemahan yang berlaku. Berdasarkan permasalahan tersebut, objektif utama yang ingin diketengahkan dalam kajian ini ialah menganalisis peranan akhbar selepas PRU 1969 dalam menyokong dasar kerajaan dan mengukuhkan parti pemerintah. Perbincangan dalam penulisan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan analisis sumber-sumber daripada media massa iaitu akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The Straits Times, Nanyang Siang Pau dan New Nation. Daripada semua akhbar itu, Berita Harian dan The Straits Times merupakan akhbar utama yang menjadi sumber analisis kerana akhbar ini lebih bebas dan terbuka. Hasil kajian ini mendapati selepas PRU 1969, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani permasalahan yang berlaku dan akhbar telah menjadi medium yang sangat penting dalam menyampaikan mesej pemerintah kepada rakyat.

 

Kata kunci: Pilihan Raya Umum 1969, 13 Mei, akhbar, mesej pemerintah, perpaduan.


Full Text:

PDF

References


Al-Amril Othman, & Mohd Nor Shahizan (2018). Misinterpretation on rumors towards racial conflict: A review on the impact of rumors spread during the riot of May 13, 1969. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 271-282.

Berita Harian. (1969, 18 Jun). Jadi 'Duta Muhibah,' Ketua-ketua kampung digesa (hlm. 5).

Berita Harian. (1969, 15 Julai). 500 hadir di Majlis Muhibah di Kulim (hlm. 8).

Berita Harian. (1969, 15 Mei, hlm. 1).

Berita Harian. (1969, 17 Jun). Sekolah-sekolah di Perak lancar gerakan memupuk muhibah (hlm. 10).

Berita Harian. (1969, 18 Mei). Sidang akhbar Tun: Majlis Gerakan akan berjalan selama 'beberapa bulan' (hlm. 2).

Berita Harian. (1969, 18 Mei, hlm. 6).

Berita Harian. (1969, 19 Mei). Tunku: Ada 3 golongan yang mencetuskan kekacauan (hlm. 2).

Berita Harian. (1969, 25 September). Penduduk-penduduk Melayu, Cina adakan Majlis Muhibah (hlm. 3).

Berita Harian. (1969, 3 November). Rakyat bersatu azam Mageran (hlm. 1).

Berita Harian. (1969, 30 Oktober). Pemimpin-pemimpin ugama dalam Majlis Muhibah (hlm. 10).

Berita Harian. (1969, 9 Oktober). Cerobohan terhadap perlembagaan, tafsiran yang berlainan (hlm. 2).

Berita Harian. (1969, 18 Mei). Masa untuk bertenang dan bersabar (hlm. 6).

Berita Harian. (1970, 1 Februari). MCA akan belanjakan $10,000 untuk merai belia-belia Melayu, India (hlm. 13).

Berita Harian. (1970, 1 September). Rukunegara (hlm. 6).

Berita Harian. (1970, 11 Disember). Cawangan-cawangan PAS Perak anjur perjumpaan besar-besaran akhir bulan (hlm. 6).

Berita Harian. (1970, 12 October). Parti gerakan ajak rakyat menyokong Rukunegara (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 14 December). Jadikan Rukunegara mata pelajaran (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 17 Disember). 15,000 ekar tanah utk belia dibuka tiap tahun (hlm. 10).

Berita Harian. (1970, 20 Disember). Ketua Pemuda PAS anjur kerajaan campuran di Kedah (hlm. 4).

Berita Harian. (1970, 21 September). Parti Gerakan nak jelaskan Rukunegara (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 27 Oktober). Jentera tadbir boleh pupuk Muhibah (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 30 November). Raja Muda menyeru rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan (hlm. 7).

Berita Harian. (1970, 5 September 1970). Murid-murid sekolah turut menyertai Minggu Muhibah (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 7 Februari 1970). MCA anjur majiis muhibah sambut raya Cina (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 7 Februari). Undang-undang pilihan raya 9JKBII dipinda (hlm. 1).

Berita Harian. (1970, 7 November). Matlamat kelas-kelas Bahasa Malaysia dihurai (hlm. 10).

Berita Harian. (1970, 7 September). Tolak ansur wujud bangsa yang bersatu (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 9 Oktober). Rukunegara mesti diamal cara sukarela (hlm. 5).

Berita Harian. (1970, 23 Februari). Anggota Majlis Muhibah lima negeri d)iluluskan (hlm. 5).

Berita Harian. (1971, 22 Ogos). Rukunegara panduan kemakmuran (hlm. 4).

Berita Harian. (1971, 11 April). Rukunegara dianggap 'Kompas' (hlm. 15).

Berita Harian. (1971, 19 Februari). Penyertaan Melayu dalam perusahaan: Langkah-langkah yang tegas perlu, kata Khir (hlm. 7).

Berita Harian. (1971, 20 Februari). 4 projek ekonomi akan dimula (hlm. 14).

Berita Harian. (1971, 21 Mac). Dasar Ekonomi Baru akan basmikan kemiskinan: Tun (hlm. 15).

Berita Harian. (1971, 24 Januari). 4 strategi untuk maju oleh Razak (hlm. 1).

Berita Harian. (1971, 28 Mac). Sultan menyeru rakyat Johor mematuhi kehendak-kehendak Rukunegara (hlm. 4).

Berita Harian. (1971, 30 Ogos). DO diarah sedia tapak di bandar bagi Bumiputera (hlm. 4).

Berita Harian. (1971, 5 September). Peranan bidang swasta (hlm. 15).

Berita Harian. (1971, 7 Ogos). Jaminan untuk bumiputera dalam projek kedua (hlm. 1).

Berita Harian. (1971, 8 Ogos). Orang-orang Melayu diseru menghapuskan sikap 'tidak apa' (hlm. 20).

Berita Harian. (1972, 14 Februari). Kerajaan campuran P. Pinang: Perikatan setuju (hlm. 1).

Berita Harian. (1972, 16 April), Kerajaan campur juga di-Perak (hlm. 1).

Berita Harian. (1972, 27 Desember). 11 MP PAS sertai kerajaan (hlm. 1).

Berita Harian. (1972, 29 Disember, hlm. 1).

Berita Harian. (1972, 31 Ogos 1972, hlm. 1).

Berita Harian. (1972, 6 September). PAS - Perikatan setuju bercampur (hlm. 1).

Berita Harian. (1973, 4 November). Dasar ekonomi baru Malaysia untuk basmi miskin (hlm. 10).

Berita Harian. (1974, 26 Ogos). Lima tahun lagi untuk Razak (hlm. 4).

Berita Harian. (1974, 30 Jun, hlm. 1).

Berita Harian. (1969, 18 Mei). Tunku: Keadaan boleh pulih jika pengacau-pengacau diberkas (hlm. 2).

Berita Harian. (1970, 7 December). Kerajaan campuran paling baik di Malaysia kata Khaw (hlm. 5).

Chan Chee Kiong. (1991). Penentu agenda: Sumber, media atau publik?. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 7, 47-54.

Chang Peng Kee, & Kho Suet Nie. (2017). A reflection of national integration process and the role of media in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 395-405.

Lee Kuok Tiung & Mohd Safar Hasim. (2015). Peranan akhbar Cina dalam artikulasi isu-isu sejarah dan pembentukan negara-bangsa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 257-280.

Nanyang Siang Pau. (1969, 9 Oktober, hlm. 5).

Nanyang Siang Pau. (1971, 24 Januari, hlm. 5).

Nanyang Siang Pau. (1971, 4 Januari, hlm. 6).

Nanyang Siang Pau. (1972, 31 Ogos, hlm. 5).

Nanyang Siang Pau. (1974, 22 Julai, hlm. 5).

New Nation. (1971, 17 Mei, hlm. 7).

New Nation. (1971, 8 April, hlm. 8).

Nurul Ain A. Hamid, & Faridah Ibrahim. (2012). Pembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 28(2), 95-112.

The Straits Times. (1969, 15 Mei, hlm. 1).

The Straits Times. (1969, 29 Oktober, hlm. 22).

The Straits Times. (1969, 30 Mei). Tengku heads drive for goodwill (hlm. 1).

The Straits Times. (1969, 9 Oktober).

The Straits Times. (1970, 1 September). Rukunegara (hlm. 12).

The Straits Times. (1970, 11 Februari). NGC plan to help non-Malays learn bahasa Malaysia (hlm. 3).

The Straits Times. (1970, 12 Oktober). 'Rukunegara a guide united society': Gerakan (hlm. 6).

The Straits Times. (1970, 16 November). Forum on national ideology: DAP plea to parties (hlm. 22).

The Straits Times. (1970, 17 Oktober). The national ideology (hlm. 14).

The Straits Times. (1970, 2 November). Live up to precepts of Rukunegara: Dr. Lim (hlm. 19).

The Straits Times. (1970, 31 Mac). Tunku's appeal: Help to promote goodwill (hlm. 1).

The Straits Times. (1971, 13 April). Study of Rukunegara from standard four (hlm. 9).

The Straits Times. (1971, 7 September). Malaysia plan for more jobs in the ulu (hlm. 12).

The Straits Times. (1971, 24 Februari). Be guided by realities in tackling problems, says Razak (hlm. 10).

The Straits Times. (1972, 1 Mei). PAS ready to consider coalition with Alliance (hlm. 32).

The Straits Times. (1972, 31 Ogos). National front possible soon: Razak (hlm. 9).

The Straits Times. (1973, 29 December). The test for the National Front (hlm. 9).

Utusan Malaysia. (1970, 20 Jun).

Utusan Malaysia. (1974, 12 Julai).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528