Penggunaan Manga dan Anime sebagai Media Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Bahasa Jepun di Universiti Awam Malaysia

Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim, Shahila Mansor, Roswati Abdul Rashid

Abstract


Manga (komik Jepun) dan anime (animasi Jepun) bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Anime kerapkali ditonton oleh kanak-kanak dan remaja Malaysia tanpa mengira kaum. Kreativiti lakaran dan plot yang menarik membuatkan peminat tidak sabar menonton anime pada episod seterusnya. Belum ada kajian yang dijalankan terhadap penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar Universiti serta sejauh mana pengaruh budaya popular Jepun ini mempengaruhi kehidupan pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar di dua buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) serta mengkaji sejauh manakah manga dan anime mempengaruhi kehidupan mereka seharian. Responden terdiri daripada 86 orang pelajar yang mengambil kursus Bahasa Jepun (BJ) di UPM dan UM yang meminati manga atau anime. Data diperoleh daripada kaji selidik berjumlah empat mukasurat yang terdiri daripada soalan dengan jawapan pilihan serta soalan berbentuk subjektif. Dapatan menunjukkan responden perempuan lebih menggemari manga dan anime seinen (remaja lelaki) manakala responden lelaki lebih cenderung kepada manga dan anime shojo (remaja perempuan). Genre fantasi paling diminati responden diikuti humor, misteri, percintaan, seram dan erotisisme. 36% responden berpendapat manga dan anime mengubah kehidupan mereka dan 79% berpendapat bahawa manga dan anime membantu mereka meningkatkan kemahiran bahasa Jepun. Dalam aktiviti penulisan dialog dan perbualan, pelajar yang menggemari manga dan anime mendapat markah penilaian yang lebih tinggi kerana pemilihan kosa kata dan frasa atau ayat dalam manga dan anime bersesuaian dengan situasi perbualan. Dapatan kajian menunjukkan signifikan manga dan anime dalam kehidupan pelajar bahasa Jepun.

 

Kata kunci: Manga, anime, Universiti Awam, pelajar, budaya popular Jepun.


Full Text:

PDF

References


Egan, L. (2008). Otaku murderer tsutomu miyazaki executed. Muat turun daripada http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-06-17/otaku-murderer-tsutomu-miyazaki-executed-on-tuesday

Galbraith, W. G. (2009). The otaku encyclopedia: An insider’s guide to the subculture of cool Japan. Tokyo: Kodansha.

Hanai, Y. (2017). Pop culture: New & old. Tokyo: Kuroshio

Hikikomori. (2018). Muat turun daripada http://jisho.org/search/hikikomori

Iman Junid. (2016). Cultural hybridization in the production of self-published comics by Malay Fan Artists of Japanese popular culture (Tesis sarjana yang belum diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor).

Ito, K. (2008). Manga in Japanese history. In W. M. Mark (Ed.), Japanese visual culture: Explorations in the world of manga and anime (pp. 26-47). London: An East Gate Book.

Japanese in a year. (2018). Muatturun daripada https://www.fluentin3months.com/japanese-in-a-year

https://plus.google.com/communities/100379889147661298516

Juliana Abdul Wahab, Mustafa K. Anuar, & Farhani. (2012). Global media product and construction of “Japanese Identity”: A case study of anime on Malaysian television. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 28(2), 1-19.

Learn Japaense by reading “One Piece”. (2018). Muatturun daripada https://mangakotoba.com/learn-japanese-by-reading-one-piece-1

Multicultural. (2018). Dalam CollinsDictionary.com. Muatturun daripada https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/multicultural

Multicultural. (2017). Dalam oxforddictionaries.com. Muat turun daripada https://en.oxforddictionaries.com/definition/

Multicultural. (2017). Dalam cambridge.org. Muatturun daripada http://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/multicultural

Rohayati Paidi, Md Nasrudin Md Akhir, & Lee Poh Ping. (2014). Reviewing the concept of subculture: Japanese cosplay in Malaysia. Occasional paper on Japan Studies, Japan Studies Program, Universiti Malaya.

Roslina Mamat, Nor Shahila Mansor, Hazlina Abdul Halim, & Normaliza Abd Rahim. (2015). Manga dan dojinshi Malaysia: Persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 477-492.

Roslina Mamat, Roswati Abdul Rashid, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2018). Perkembangan komik Jepun (manga) sehingga ke pentas global: Apa kurangnya komik Melayu? Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan pembudayaan bahasa Melayu ke-10 (pp. 629-639). Kota Bharu: UPM

Roslina Mamat, Yamato, E., Sanimah Hussin, & Farah Tajuddin. (2012). Anime viewing among secondary school students in Malaysia. Global Media Journal, Malaysian Edition, 2(2), 40-60.

Toku, M. (2001). What is manga?: The influence of pop-culture in adolescent art. Visual cultural research in art and education. Muat turun daripada http://www.csuchico.edu/~mtoku/vc/Articles/toku/Toku_what%20is%20manga_.html

Yamato, E. (2016). ‘Growing as a person’: Experiences at anime, comics, and games fan events in Malaysia. Journal of Youth Studies, 19(6), 743-759.

Yamato, E. (2012). Accumulating Japanese popular culture: Media consumption experience of Malaysian young adults. Media Asia, 3(4), 199-208.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528