Pendemokrasian Maklumat Blog: Isu Akauntabiliti dalam Kalangan Blogger di Malaysia

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Muhamad Hanapi Khamis, Zuliani Mohd Azni

Abstract


Senario blog di Malaysia telah berkembang sejak tahun 2008 di mana rata-rata pengguna media telah menggunakan media baru sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat yang mereka tidak peroleh melalui media arus perdana. Ternyata blog telah membekalkan pelbagai maklumat yang baharu dan berada di luar jangkaan pengguna media. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh para blogger dalam usaha untuk menghidangkan maklumat yang dinanti-nantikan oleh masyarakat pengguna. Blog juga telah digunakan sebagai landasan untuk menyampaikan maklumat secara pantas dan bebas kepada rakyat. Kertas kajian ini akan melihat sejauh manakah blogger di Malaysia mengamal sifat akauntabiliti ke atas segala penulisan yang dipaparkan dalam blog mereka. Pendekatan kualitatif menerusi temubual mendalam dilakukan ke atas dua kumpulan blogger yang terdiri daripada ideologi politik yang berbeza. Sebanyak lapan (8) orang blogger ternama di Malaysia telah dipilih sebagai informan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa blog telah membuka landasan baru kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat. Wujudnya undang-undang yang boleh dikaitkan dengan para blogger sedikit pun tidak menjejaskan hasrat mereka untuk terus bebas dalam menyatakan pendapat kepada masyarakat umum. Selain itu, para blogger turut sedar dan telah menetapkan sifat akauntabiliti di tahap yang tertinggi dan akan sentiasa bertanggungjawab ke atas sebarang kemudaratan yang bakal lahir hasil daripada penulisan mereka. Para blogger juga akan sentiasa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan diraih dan bersifat responsif terhadap keperluan masyarakat.

 

Kata Kunci: Blog, akauntabiliti, demokrasi, kebebasan bersuara, politik.

Full Text:

PDF

References


Abdullah, M. H. T., Ahmad, A. L., & Jing, H. F. (2017). The disclosure of media framing between bloggers in Malaysia. Journal of Media and Information Warfare, 9, 1-22.

Abdullah, M. H. T., Ahmad, A. L., & Kee, C. P. (2016). The exposure of media frames among Malaysian bloggers pre and post 13th general election. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 425-452.

Abdullah, M. H. T., Ahmad, A. L., & Bahrom, H. (2014). Pengaruh blog ke arah pencapaian demokrasi di Malaysia. Proceedings of the 1st Academic Symposium on Integrating Knowledge. UIN Makassar, 20-21 June.

Akmal, F., & Salman, A. (2015). Partisipasi politik belia secara ‘online’melalui ruang demokrasi maklumat media baru. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 81-100.

Austin, E. W., & Dong, Q. (1994). Source vs content effects on judgment of new believability. Journalism Quarterly, 71(4), 973- 983.

Cenite, M., Benjamin, H. D., Andy, W. K. Koh, Alvin, L. H. L., & Soon, N. E. (2009). Doing the right thing online: A survey of bloggers’ ethical beliefs and practices. New Media Society, 11, 575.

Chamil, W. W. (2012). Kewartawanan dan media era digital isu-isu semasa. Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute.

Elliott, D. (Ed.). (1986). Responsible journalism. Beverly Hills, CA: Sage Publications.

Gunter, B. (2009). Blogging? Private becomes public and public becomes personalised. Aslib Proceedings: New Information Perspectives, 61(2), 120- 126.

Inch, A. (2015). Ordinary citizens and the political cultures of planning: In search of the subject of a new democratic ethos. Planning Theory, 14(4), 404-424.

Johnson, T., & Kaye., K. (2004). Wag the blog: How reliance on traditional media and the internet influence credibility perceptions of weblogs among blog users. Journalism and Mass Communication Quarterly, 81(3), 622-642.

McIntosh, S. (2005). Blogs: Has their time finally come — or gone? Global Media and Communication, 1(3), 385-388.

McQuail, D. (2003). Media accountability and freedom of publication. Oxford: Oxford University Press.

Newton, L. H., Hodges, L., & Keith, S. (2004). Accountability in the professions: Accountability in journalism. Journal of Mass Media Ethics, 19(3&4), 166-190.

Rasul, N. M., & Rahim, A. A. (2015). Penggunaan media, norma kewarganegaraan dan partisipasi politik dalam era transisi ke demokrasi di Indonesia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 187-204.

Smeltzer, S. C. (2010). Blogging in Malaysia: Hope for a new democratic technology. Journal of International Communication, 14(1), 1-18

Tan, J. E., & Ibrahim, Z. (2008). Blogging and democratization in Malaysia: A new civil society in the making. Petaling Jaya, Malaysia: The Strategic Information and Research Development Centre.

Zain, Z. M, Yusoff, M. A., & Othman, Z. (2015). Internet dan kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: Analisis pilihan raya umum 1999 dan 2008. Malaysian Journal of Society and Space, 11(5), 56-66.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.