Peranan Perekonomian Media dalam Survival Penerbitan Akhbar Berbahasa Melayu di Malaysia

Shahrul Nazmi Sannusi, Husna Mohd Ibrahim

Abstract


Dominasi surat khabar berbahasa Melayu versi bercetak sebagai medium penyalur maklumat, mulai tergugat akibat kebangkitan teknologi maklumat yang telah merubah cara pembaca mengguna dan mengakses berita. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk memahami punca dan kesan kemerosotan trend sirkulasi dan perbelanjaan iklan, dan bagi menjawab persoalan ini, kajian ini telah menggunakan dua metodologi kajian iaitu analisis kandungan terhadap trend sirkulasi dan trend perbelanjaan iklan serta temu bual mendalam bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya. Kajian ini menggunakan Model The Three Legs of A Stool oleh Daly, Henry dan Ryder (1997) sebagai panduan kajian. Hasil kajian mendapati kemerosotan ini bukan sahaja berpunca daripada faktor persekitaran luaran yang sukar dikawal seperti perkembangan teknologi komunikasi, ekonomi mahupun politik sesebuah negara, tetapi turut dipengaruhi faktor dalaman akhbar dan syarikat akhbar yang secara tidak langsung telah membentuk persepsi pembaca dan pengiklan terhadap kredibiliti serta kualiti yang dimiliki sesebuah akhbar. Kajian ini diharap dapat membantu pemain industri akhbar untuk merangka strategi baharu dalam memperkasa peranan dan kewujudannya agar sentiasa relevan dan mampu memenuhi ekspektasi pembaca dan juga pengiklan.

 

Kata Kunci: Akhbar, sirkulasi, perbelanjaan periklanan, trend kemerosotan, strategi.


Full Text:

PDF

References


Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABCM). (2016, Ogos 8). 2.29 Million copies of newspapers circulated daily in the country. Retrieved from http://abcm.org.my

Abdul Rahim Salleh. (2004, Julai 14, hlm.10). Akhbar Melayu boleh naikkan kadar iklan. Berita Harian.

Chamil Wariya. (2017). Isu-isu semasa kewartawanan & media: Krisis dan strategi. Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute (MPI).

Daly, C. P., Henry, P., & Ryder, E. (1997). The magazine publishing industry. Boston: Allyn & Bacon.

Danaan, G. N. (2007). The adversity of government-controlled newspapers and the challenges of the 21st century. Dlm Best C. & Okpoko J. (pnyt), Issues in mass communication and society, hlm. 85-100. Jos: Selidan Books.

Datuk Dr Chamil Wariya. (2017). Perkembangan industri percetakan surat khabar di Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 21 Mac.

Domingo, D., Quandt, T., Heinonen, A., Paulussen, S., Singer, J. B., & Vujnovic, M. (2008). Participatory journalism practices in the media and beyond: An international comparative study of initiatives in online newspapers. Journalism Practice, 2(3), 326-41.

Farhi, P. (2005). A bright future for newspapers. American Journalism Review, 54-59.

Graham, G., & Smart, A. (2010). The regional-newspaper industry supply chain and the Internet. An International Journal, 15(3), 196 – 206.

Hamedi Mohd Adnan. (2008). Profil permajalahan Melayu dekad 1980-an. Jurnal Pengajian Melayu, 19, 37-51.

Jeniri Amir. (2007). Akhbar politik politik akhbar. Universiti Malaysia Sarawak: The Sarawak Press Sdn. Bhd.

Johnson, M., Goidel, K., & Climek, M. (2014). The decline of daily newspapers and the third-person effect. Social Science Quarterly, 95(5), 1245-1258.

Keeble, R. (2005). National and local newspaper trends and the new crisis of trust. What new crisis?. Journal of Communication Management, 9(3), 223 – 232.

Lindstadt, N., & Budzinski, O. (2011). Newspaper vs. online advertising – Is there a niche for newspapers in modern advertising markets? Working Paper Department of Environmental and Business Economics, University of Southern Denmark 113/11.

Meyer, P. (2004). The vanishing newspaper: Saving journalism in the information age. Columbia, Missouri: University of Missouri Press.

Mohd Safar Hasim. (2003). Circulation of Malaysia newspaper: A decade of mixde fortune. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 19, 79-98.

Noraini Abd Razak. (2010, Januari 31, hlm. 8). Tingkat iklan di akhbar Melayu. Utusan Malaysia.

Peters, B. (2010). The future of journalism and challenges for media development: Are we exporting a model that no longer works at home?. Journalism Practice, 4(3), 268–273.

Picard, R. G. (2002). The economics and financing of media companies. New York: Fordham University Press.

Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim. (2013). Kewartawanan dari warga kepada warga: Punca kewujudan dan perkembangannya di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 175-188.

Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa. (2015). Akhbar versi digital: Implikasi terhadap trend sirkulasi akhbar bercetak di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 687-701.

Shahrul Nazmi Sannusi & Ong Yi Min. (2016). Strategi pemilihan berita halaman hadapan akhbar berbahasa Melayu dan Cina: Kajian terhadap Berita Harian Dan China Press. Jurnal Melayu, 15(1).

Samsudin A. Rahim. (2010). Media, demokrasi dan generasi muda: Analisis keputusan pilihan raya umum ke-12. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 26(2), 1-15.

Tsao J. C., & Sibley S. D. 2004. Displacement and reinforcement effects of the Internet and other media as sources of advertising information. Journal of Advertising Research, 44(1), 126-142.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.