Refleksi Penerokaan Etnografi Peminat Gelombang Korea di Malaysia

Nurul Akqmie Badrul Hisham, Abdul Latiff Ahmad, Chang Peng Kee

Abstract


Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ataupun Korean Wave merujuk kepada fenomena global penerimaan produk budaya Korea. Gelombang Korea boleh difahami sebagai segala bentuk produk budaya Korea termasuk muzik pop, drama, filem dan permainan video  yang mana fokusnya sering kali  kepada selebriti mereka. Namun, Shim (2017) mengembangkan lagi istilah ini dengan menyatakan bahawa selepas awal tahun 2010, gelombang Korea juga termasuk semua genre budaya Korea termasuk Soju (minum beralkohol dari Korea Selatan), makanan, minuman, fesyen, alat solekan, dan sebagainya lagi. Data dikumpulkan dari kerja lapangan dan pemerhatian peserta dalam beberapa acara peminat di Kuala Lumpur di samping penelitian kajian-kajian lampau. Pemerhatian dijalankan di konsert, sesi bertemu peminat dan di acara perhimpunan salah satu kumpulan peminat BTS Malaysia. Kajian penerokaan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman mengenai senario peminat gelombang Korea di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini mendapati perkembangan teknologi media memainkan peranan dalam mengembangkan gelombang Korea, di mana kajian-kajian lampau memperlihatkan bagaimana internet memainkan peranan penting dalam memperkembangkan fenomena gelombang Korea. Selain itu, kajian ini juga mendapati, kaedah pemerhatian sahaja tidak mencukupi untuk mendalami fenomena gelombang Korea terutamanya apabila melibatkan belia. Mengabungkan kaedah pemerhatian dengan kaedah temu bual mendalam boleh memperolehi data yang lebih tepat mengenai pengalaman belia terutamanya sejauhmanakah mereka terlibat dengan fenomena gelombang Korea ini.

 

Kata Kunci: Gelombang Korea, belia, etnografi, budaya belia, pemerhatian.


Full Text:

PDF

References


Kim, B.-R. (2015). Past, present and future of hallyu (Korean wave). American International Journal of Contemporary Research, 5(5). Dicapai pada 10 Julai 2019, dari http://www.aijcrnet.com/journals/Vol_5_No_5_October_2015/19.pdf

Capili, P. M. L. (2014). Painting the scenario of Filipino K-pop fan culture (p. 35). Dicapai pada 10 Julai 2019, dari https://www.ateneo.edu/sites/default/files/attached-files/Hallyu Proceedings_Draft1b_2014-Sept-25.pdf#page=47

Chua Beng Huat. (2012). Doing pop culture studies in East Asia. Dlm. Zawawi Ibrahim (pnyt.). Social science and knowledge in a globalising world (1st ed.). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Crestwell, J. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (2nd ed.). London: Sage Publications.

Dal, Y. J. (2012). Hallyu 2.0: The new Korean wave in the creative industry. International Institute Journal University of Michigan, 2(1). Dicapai pada 1 Februari 2018, dari http://hdl.handle.net/2027/spo.11645653.0002.102

Deuze, M. (2012). Media life. Cambridge: Polity.

Döveling, K., Harju, A. A. & Sommer, D. (2018). From mediatized emotion to digital affect cultures: New technologies and global flows of emotion. Social Media + Society, 4(1), 205630511774314. Dicapai pada 1 Julai 2019. doi: 10.1177/2056305117743141

Durocher, M. (2017). Mediatization studies and cultural studies: A possible dialogue for further critical analysis?. Social Media + Society, 4(1), 31–43. Dicapai pada 1 Julai 2019. doi: 10.17951/ms/2017.1.1.31

Harju, A. (2015). Socially shared mourning: Construction and consumption of collective memory. New Review of Hypermedia and Multimedia, 21(12), 123–145. Dicapai pada 1 Julai 2019. doi: 10.1080/13614568.2014.983562

Hepp, A. (2009). Differentiation: Mediatization and cultural change. Mediatization: Concept, changes, consequences. NY: Peter Lang Publishing, Inc.

Hjarvard, S. (2008). Mediatization of society: A theory of the media as agents of social and cultural change. Nordicom Review, 29(2), 105–134. doi: 10.4324/9780203155363

Hodkinson, P. (2005). “Insider Research” in the study of youth cultures. Journal of Youth Studies, 2, 131–149. Dicapai pada 2 Oktober 2018, dari https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/13676260500149238

Jang, G., & Paik, W. K. (2012). Korean wave as tool for Korea’s new cultural diplomacy. Advances in Applied Sociology, 2(3), 196–202. Dicapai pada 15 Julai 2019. doi: 10.4236/aasoci.2012.23026

Juliana Abdul Wahab, Wang Lay Kim, & Sharifah Shahnaz Syed Baharuddin. (2013). Asian dramas and popular trends in Malaysian television industry drama Asian dan tren popular dalam industri televisen Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(292), 159–174. Dicapai pada 10 Oktober 2018, dari http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_159-174.pdf

Jung, S. & Shim, D. (2014). Social distribution: K-pop fan practices in Indonesia and the“Gangnam Style” phenomenon. International Journal of Cultural Studies, 17(5),485–501. Dicapai pada 3 Julai 2019. doi:10.1177/1367877913505173

Kim, M. (2011). The role of the government in cultural industry: Some observations from Korea’s experience. Keio Communication Review, (33). Dicapai pada 3 Oktober 2018, dari http://www.mediacom.keio.ac.jp/publication/pdf2011/10KIM.pdf

Korean Culture and Information Service. (2011). The Korean wave: A new pop culture phenomenon. Republic of Korea: Korean Culture and Information Service Ministry of Culture, Sports and Tourism.

Krotz, F., & Hepp, A. (2011). A concretization of mediatization: How mediatization works and why “mediatized worlds” are a helpful concept for empirical mediatization research. European Journal for the Philosophy of Communication, 3(2), 137–152. Dicapai pada 3 Oktober 2016. doi: 10.1386/ejpc.3.2.137

Latiffah Pawanteh, Samsudin A. Rahim, & Fauziah Ahmad. (2009). Media consumption among young adults: A look at labels and norms in every day life. Journal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 25, 21–31.

Lim, J. B. Y. (2013). Engaging participantion: Youth culture and the Korean wave in Malaysia. In M. J. Ainslie & J. B. Y. Lim (Eds.), TheK wave in Southeast Asia: Consumption and cultural production (pp. 155–174). Malaysia: SIRD.

Mark, R. (2009). Introduction: Conceptualizing the Korean wave. Southeast Review of Asian Studies. Dicapai pada 2 Oktober 2018, dari https://www.highbeam.com/doc/1G1-213529550.html

Md Azalanshah Md Syed. (2019). K-pop, aspirasi kemodenan dan ketidakpatuhan strategik K-pop. Jurnal Komunikasi: Malaysian journal of communication, 35(2), 103–122. Dicapai pada 3 Ogos 2019, dari http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/ 30114/9592

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 35-46. Dicapai pada 1 Mac 2019, dari http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14923/7568

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). United State of America: Jossey-Bass.

Nor Hasimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2011). Hallyu di Malaysia: Kajian sosiobudaya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(2). Dicapai pada 3 Oktober 2018, dari http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/15089/4695

Schulz, W. (2004). Reconstructing mediatization as an analytical concept. European Journal of Communication, 19(1). Dicapai pada 4 November 2017.

Seo, M.-S., Jung, T.-S., Joo, Y.-M., & Lee, H.-W. (2013). Six strategies for sustainable growth of new Korean wave (Issue Report, pp. 9–13). SERIWorld.org. Dicapai pada 2 September 2017, dari http://www.seriworld.org/01/wldIssueV.html?mn=B&mncd=0101&p_ page=29&key=20130624000001

Norbaiduri Ruslan & Siti Sakinah Abdul Latif. (2016). Malay women readings of korean drama. Journal of Education and Social Sciences, 4(4), 343–365. Dicapai pada 2 September 2017, dari https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2016/08/Comm-34.pdf

Shim, D. (2017, May 24). Riding the Korean wave in Southeast Asia. Dicapai 9 Mac 2018, dari https://www.fairobserver.com/region/asia_pacific/korean-wave-k-pop-culture-southeast-asia-news-45109/

Turner, G. (2016). Re-inventing the media. London: Routledge.

Wojtkowski, L. (2018). The present tense of mediatization studies. Mediatization Studies, 1, 9–22. Dicapai pada 1 Mac 2019. doi: 10.17951/ms/2017.1.1.9


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528