Wacana Tekstual dalam Iklan Selebriti

Nurul Aishah Mohd Radzi, Normaliza Abd Rahim, Nor Azuwan Yaakob

Abstract


Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap iklan yang menampilkan selebriti sebagai endorser produk yang ingin dipromosikan. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi objektif kajian, iaitu mengenal pasti dan membincangkan wacana tekstual dalam iklan selebriti. Dalam menyempurnakan kajian analisis wacana, penguasaan peraturan bahasa amat penting agar memperoleh data yang tepat. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah pemerhatian dan analisis teks dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat bagi mengenal pasti selebriti yang berpotensi memberi impak yang besar dalam bidang pengiklanan dan iklannya juga memiliki semua aspek yang terdapat dalam teks wacana iklan yang dipersembahkan. Setelah selesai pemerhatian, subjek yang diputuskan ialah Nur Suhada Jebat atau dikenali juga sebagai Ayda Jebat. Subjek dipilih atas faktor kejayaan beliau meningkatkan prestasi diri dalam bidang populariti di dalam dan juga di luar negara, lalu menjadikan diri beliau menjadi seorang selebriti yang dikenali ramai. Iklan yang dimuat turun daripada laman media sosial, khususnya Youtube, ditranskripkan ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan proses penganalisisan data. Teks yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis yang dicadangkan oleh Fairclough (1995). Hasil kajian telah menunjukkan bahawa dimensi tekstual sangat mempengaruhi pengiklanan sesuatu produk sama ada daripada aspek kosa kata, leksikal mahupun kohesi. Dimensi tersebut dapat menyampaikan maklumat dengan baik kepada pengguna dan menarik perhatian dengan kata yang terkandung di dalamnya.

 

Kata kunci: Wacana, iklan selebriti, endorser, analisis wacana kritis, tekstual.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Sunardi. (2017). Ideologi teks dalam iklan produk tolak angin sidomuncul (suatu kajian wacana kritis). Jurnal Para Pemikir, 6(1), 127-130.

Anin Asnidar. (2018). Analisis wacana kritis iklan operator selular. Jurnal Bahasa, Sastra dan Pengajaran, 1(5), 22-27.

Attia, S. T. (2017). The impact of religiosity as a moderator on attitude towards celebrity endorsement–purchase intentions relationship. Journal of Marketing Development and Competitiveness, 11(1), 87-98.

Balci, V., & Ozgen, C. (2017). What sports advertising tell to us? Semiotic analysis. Journal of Education and Training Studies, 5(6), 24-31.

Chanchal Sachdeva. (2015). Analysis of celebrities endorsed public service advertising. International Journal of Informative & Futuristic Research (IJIFR), 3(4), 1348-1357.

Chapanga, E., & Choto, I. (2015). A critical evaluation of persuasive communication discourses inspired by celebrity endorsement in the telecommunication sector in Zimbabwe. Journal for Studies in Humanities and Social Sciences, 4(1&2), 58-71.

Djajasudarma, F. (2012).Wacana dan pragmatik. Bandung: PT. Refika Aditama.

Emma Mohamad, Nur Afiqah Mohd Haniff, Sabariah Mohamed Salleh, Abdul Latiff Ahmad & Hasrul Hashim. (2015). Media dan literasi kesihatan: Pemilihan susu tumbesaran kanak-kanak dalam kalangan ibu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 83-97.

Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language. London: Longman Group Limited.

Fleck, N., Michel, G., & Zeitoun, V. (2014). Brand personification through the use of spokespeople: An exploratory study of ordinary employees, CEOs, and celebrities featured in advertising. Phsychology & Marketing, 31(1), 84-92.

Hamadeh, S., & Estepan, S. (2018). The visual discourse of food and its impact on health: research and practical implications. Acta Scientific Nutritional Health, 2(6), 12-20.

Hamisah Zaharah Hassan (2007). Modul asas pengiklanan (KOC3203 & KOM3007). Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Hasuria Che Omar, & Rokiah Awang (2009). Kelestarian bidang penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Idris Aman, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2018). Ciri tekstual perbilangan. Jurnal Bahasa, 18(1), 1-18.

Ifqdar Rahman. (2018, September 29). Mata nyanyian Ayda Jebat rangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia. Utusan Online. Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mata-nyanyian-ayda-jebat-rangkul-trofi-lagu-terbaik-malaysia-1.756954

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malarvizhi, S., Paramasivam, M., Narayanan, K., & Rahim, N. B. A. (2015). In words: Facebook text-based comments In Tamil. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 23(3), 233-245.

Malarvizhi, S., Paramasivam, M., Narayanan, K., & Rahim, N. B. A. (2015). Expressing emotions Malaysia secondary school students. Pertanika Journal, 18(2), 407-415.

Mohd Don Zuraidah, & Emily Lau Kui Ling. (2018). The overweight female body in Malaysian slimming advertisements: problem and solution. Social Semiotics, 28, (1), 1–17.

Noraien Mansor, & Normaliza Abd Rahim (2017). Written discourse in digital audio folklore. Man In India, 97(2), 491-499.

Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana bahasa. Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim, Awang Azman Awang Pawi, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (2018). Integration of values and culture in Malay folklore animation. Pertanika J. Soc. Sci. & Humanities, 26(1), 359–374

Paramasivam, M. (2010). Codeswitching in communication: A sociolinguistic study of Malaysian secondary school students. Pertanika J. Soc. Sci. & Humanities, 18(2), 407-415.

Paramasivam, M., Wickramasinghe, C. N., & Shanmuganathan, T. (2014). Topological socio- cultural evolution a predictor of ethnic conflicts in multi-ethnic societies. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 22(2), 507-520.

Putri Wahyuni, & Badrul Redzuan Abu Hassan. (2015). Iklan produk penjagaan kesihatan di Malaysia dan Indonesia: Sebuah analisis kritis wacana media. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 221-240.

Sabariah Mohamed Salleh, Emma Mohamad, Abdul Latiff Ahmad, & Nazra Latiff Nazri. (2015). Iklan Tahun Baru Cina Petronas: Suatu analisis terhadap pemaparan identiti budaya kaum Cina. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 569-584.

Sholikhati, N., & Mardikantoro, H. (2017). Analisis tekstual dalam konstruksi wacana berita korupsi di Metro TV dan NET dalam perspektif analisis wacana kritis Norman Fairclough. Seloka: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 6(2), 123-129.

Sudirman Mohd Tahir. (2016, Februari 29). Ayda Jebat tepati ramalan. My Metro. Dimuat turun daripada https://www.hmetro.com.my/node/118826

Sunita Kumar. (2017). Representation of women in advertisements. International Journal of Advanced Scientific Technologies in Engineering and Management Sciences, 3(1), 26-28.

Susi Ernawati. (2017). Citra perempuan dalam wacana iklan Majalah Femina. NOSI, 5(4), 1-14.

Syamsidah Saad, & Raja Masittah Raja Ariffin. (2014). Makna tersurat dan tersirat dalam iklan di radio berdasarkan teori imej. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 1, 65-75.

Tan Kim Hua, & Munira Nadiya. (2017). Elemen persuasif dan budaya dalam papan iklan dan iklan atas talian. Journal of Social Sciences and Humanities, 2, 143-151.

Teixeira, D. V. (2018). Meaning effects of (un)sustainability in print advertisements by real/santander bank. Intercom – RBCC, 41(1), 137-152.

Zaidi Mohamad. (2017, September 26). Ayda Jebat calon awal Anugerah Muzik Eropah MTV. BH Online. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/09/330635/ayda-jebat-calon-a


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528