Pembingkaian Visual Berita Krisis Lahad Datu

Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim

Abstract


Abstrak

Visual memainkan peranan penting dalam memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu kejadian kepada khalayak. Visual boleh dianggap sebagai alat komunikasi yang berkuasa untuk mencetuskan tindakbalas emosi yang tinggi dan boleh diingati berbanding perkataan semata-mata.  Penggunaan visual dalam pelaporan sesuatu berita krisis berupaya membantu khalayak untuk lebih memahami sesuatu peristiwa yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pembingkaian visual dalam liputan berita krisis Lahad Datu yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis visual yang dipaparkan dalam kedua-dua akhbar dalam tempoh masa 20 hari iaitu bermula 1 hingga 20 Mac 2013. Kajian ini menggunakan model pembingkaian visual yang dipelopori oleh Rodriguez & Dimitrova (2011) yang mencadangkan model empat tahap bingkai visual iaitu pertama, visual sebagai sistem denotatif; kedua, visual sebagai sistem semiotik-stilistik; ketiga, visual sebagai sistem konotatif; dan visual sebagai perwakilan ideologi. Sistem ini boleh diaplikasikan untuk menganalisis sebarang jenis kandungan visual media atau persepsi khalayak terhadap kandungan tersebut. Hasil kajian mendapati kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menggunakan sistem denotatif dalam melaporkan visual tentang berita krisis Lahad Datu ini. Dua bingkai utama yang ditonjolkan adalah bingkai politik dan kemanusiaan manakala bingkai pemimpin mendominasi liputan visual dalam konteks berita krisis ini. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua akhbar turut menggunakan sumber visual dari agensi antarabangsa seperti Associated Press (AP), AFP dan Reuters.

 Kata kunci: pembingkaian visual, krisis, mesej, Lahad Datu, denotatif

 

VISUAL FRAMING OF LAHAD DATU’S NEWS CRISIS

 Abstract

Visual plays an important role in giving a clear picture of what happened to the audience. Visual can be considered as a powerful communication tool to trigger high emotional response and can be remembered rather than words. The visual use in reporting a crisis story tries to help the audience understand what is happening. This article aims to identify visual framing in the Lahad Datu crisis news coverage published in Utusan Malaysia and Berita Harian. The content analysis method was used to analyze the visuals displayed in both newspapers within 20 days from 1 to 20 March 2013. This study uses a visual framing model introduced by Rodriguez & Dimitrova (2011) which proposes a four-stage visual frame model i.e., first, visual as a denotative system; second, visual as a semiotic-stylized system; third, visual as a connotative system; and visuals as an ideological representation. These systems can be applied to analyze any type of media visual content or audience perceptions of the content. The finding shows that both Utusan Malaysia and Berita Harian use a denotative system in reporting visually the Lahad Datu crisis news. The two frames highlighted were political and humanitarian while the leader frame dominated visual coverage in the context of the crisis news. The finding also shows that both newspapers also use visual resources from international agencies such as the Associated Press (AP), AFP and Reuters.

 

Keywords: visual framing, crisis, message, Lahad Datu, denotative


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528