Konstruksi Identiti Wanita Berhijab Melalui Fesyen Sub-budaya Muzik Metal Di Indonesia

Rizky Hafiz Chaniago, Wan Amizah Wan Mahmud, Badrul Redzuan Abu Hassan

Abstract


Pada umumnya, sub-budaya muzik metal sering kali dikaitkan dengan kebudayaan yang bersifat maskulin termasuk di Indonesia. Kondisi ini membuat golongan wanita Indonesia yang tergabung dalam sub-budaya muzik metal sukar untuk melepaskan diri daripada jeratan struktural yang membuat mereka tidak berdaya oleh diskriminasi yang dilakukan para golongan lelaki. Seiring bergulirnya masa, golongan wanita Indonesia secara perlahan diterima dalam dunia sub-budaya metal bawah tanah walaupun kerap menuai pro dan kontra oleh masyarakat umum terlebih lagi ketika golongan wanita berhijab mula bermunculan di pelbagai komuniti metal Indonesia. Di era millennium sekarang ini, keterlibatan golongan wanita berhijab dalam sub-budaya muzik metal melahirkan suatu fenomena baru. Wanita berhijab Indonesia mengadopsi gaya hidup sub-budaya muzik metal dengan menggunakan fesyen metal sebagai representasi daripada identiti budaya tersebut. Dalam kajian ini, penelitian tertumpu kepada enam wanita berhijab dalam satu komuniti metal di bandar Bandung Jawa Barat. Kajian tersebut menggunakan metod etnografi serta kaedah temubual dalam usaha mengumpul data primer. Tujuan kajian ini terfokus kepada menilai amalan fesyen metal dan hubungannya dengan identiti para wanita berhijab dalam komuniti muzik metal. Melalui pengamatan konsumsi fesyen metal terhadap gaya hidup mahupun sikap dan perilaku wanita berhijab dalam sub-budaya metal, melahirkan suatu pemahaman yang lebih luas mengenai fenomena “hijab metal”. Fesyen dapat dianggap sebagai salah satu makna yang digunakan oleh “hijabers metal” (golongan wanita berhijab dalam komuniti metal) dalam mengkomunikasikan identiti mereka demi menangkis mentaliti masyarakat Indonesia terhadap sub-budaya muzik metal yang sentiasa mengaitkan golongan muda-mudi sebegini dengan perkara-perkara menyimpang.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528