Stigma dan Diskriminasi Terhadap Orang yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA): Satu Pendekatan Tindakan Penyertaan (Participatory Action) dalam Kalangan Belia di Pulau Pinang
Abstract
Stigma dan diskriminasi dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) dirujuk masih menebal sehingga ke hari ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah (1) untuk memberikan pendedahan mengenai HIV/AIDS dengan lebih mendalam dalam konteks pengetahuan dan penglibatan fizikal menerusi lawatan ke rumah perlindungan penghidap HIV/AIDS, (2) untuk mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS, dan (3) untuk menggalakkan lebih banyak penerimaan masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Kaedah campuran digunakan bagi kajian ini. Kaedah kuantitatif yang dipilih untuk digunakan ialah sesi tinjauan borang soal selidik manakala kaedah kualitatif pula memilih kaedah temubual kumpulan fokus. Seramai sepuluh orang responden iaitu peserta lawatan (n=10) terlibat dalam kajian ini dan ditemubual dalam kumpulan fokus. Kesemua mereka dipilih berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan. Manakala, seramai lima orang responden iaitu golongan ODHA (n=5) juga dipilih dan ditemubual dalam kumpulan fokus. Kesemua mereka dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak. Khidmat Komuniti AIDS Pulau Pinang (Community AIDS Service Penang (CASP)) dipilih sebagai lokasi bagi lawatan yang akan dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman dan pengetahuan peserta kajian meningkat selepas lawatan berbanding sebelumnya. Salah faham tentang cara jangkitan HIV/AIDS sebelumnya juga dapat diperbetulkan. Sikap negatif para peserta terhadap ODHA juga dapat dikurangkan selepas lawatan. Secara keseluruhannya, stigma dan diskriminasi para peserta terhadap ODHA dapat dikurangkan selepas lawatan. Kajian ini juga sedikit sebanyak berjaya mendidik para belia (Generasi Y) yang menyertai kajian ini tentang kepentingan aktiviti kesukarelawanan.
Kata Kunci: stigma; diskriminasi; belia; orang yang hidup dengan hiv/aids (odha); tindakan penyertaan.
Full Text:
PDFReferences
AIDS.gov. (2015). How Do You Get HIV Or AIDS? Diperolehi 12 April, 2017, dari https://www.aids.gov/hiv-aids-basics/hiv-aids-101/how-you-get-hiv-aids/
AIDSinfo. (2016, 6 September 2016). The Basics of HIV Prevention. Diperolehi 12 April, 2017, dari https://aidsinfo.nih.gov/education-materials/fact-sheets/20/48/the-basics-of-hiv-prevention
AliAkbar Haghdoost, & Mohammad Karamouzian. (2012). Zero New HIV Infections, Zero Discrimination, and Zero AIDS-Related Deaths: Feasible Goals or Ambitious Visions on the Occasion of the World AIDS Day? International Journal of Preventive Medicine, 3(12), 819-823.
Astro AWANI (Producer). (2016, 12 April 2017). Kejayaan program pengurangan kemudaratan. Diperolehi dari http://www.astroawani.com/video-malaysia/kejayaan-program-pengurangan-kemudaratan-73114
C. Apinundecha, W. Laohasiriwong, M. P. Cameron, & S. Lim. (2007). A community participation intervention to reduce HIV/AIDS stigma, Nakhon Ratchasima province, northeast Thailand. AIDS Care, 19(9), 1157-1165.
Erving Goffman. (1963). Stigma: Notes on the Management of Spoiled Identity Stigma and Social Identity Diperolehi dari https://books.google.com.my/books?id=zuMFXuTMAqAC&printsec=frontcover&dq=Stigma:+Notes+on+the+Management+of+Spoiled+Identity&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Stigma%3A%20Notes%20on%20the%20Management%20of%20Spoiled%20Identity&f=false
Fifa Rahman. (2016). 2015 HIV And Human Rights Mitigation Report: Majlis AIDS Malaysia.
H. Syukur Kholil. (2005). Pengaruh Nilai-nilai Agama dan Pengetahuan Tentang Aids Terhadap Tingkah Laku Berisiko Tinggi Untuk Dijangkiti HIV. Diges Pendidik, 5(1).
Halyna Lugova, Aye Aye Mon, Aqil Mohammad Daher, & Adlina Suleiman. (2015). HIV-Related Stigma and Discriminatory Attitudes among a Semi-Urban Population. The Malaysian Journal of Medical Sciences, 22(5), 64-69.
Jenny Huddart. (2000). Sharing The Challenge of AIDS Prevention. In D. B. Rao (Ed.), HIV/AIDS and NGOs. New Delhi: DISCOVERY PUBLISHING HOUSE.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Program Pengurangan Kemudaratan.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015). National Strategic Plan: Ending AIDS 2016 - 2030. Diperolehi dari http://www.aidsdatahub.org/sites/default/files/publication/Malaysia_National_strategic_plan_2016-2030.pdf.
Kumpulan Bertindak Dan Penyelidikan AIDS. (2017). Program Pertukaran Jarum Dan Alat Suntikan (NSEP). Diperolehi 12 April, 2017, dari http://aarg.usm.my/index.php/ms/perkhidmatan/program-pertukaran-jarum-dan-alat-suntikan-nsep
Majlis AIDS Malaysia, & Yayasan AIDS Malaysia. (2017). Snapshot of HIV & AIDS in Malaysia 2015.
Monica A. Joseph. (2016). Discrimination against the Mentally Ill Chapter 1: Background and Definitions Diperolehi dari https://books.google.com.my/books?id=o3WACwAAQBAJ&pg=PR7&dq=WHAT+IS+DISCRIMINATION&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwip8PDTsKDTAhXCo48KHb84AV8Q6AEIVTAI#v=onepage&q=WHAT%20IS%20DISCRIMINATION&f=false
Norhayati Binti Ghazali. (2011). Tajuk Artikel: Aspek-aspek Psikososial Wanita Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (Psychosocial Aspects of Women Living with HIV/AIDS). Jurnal e-Bangi, 6(1).
Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group. (2012). People Living with HIV Stigma Index Diperolehi 13 April, 2017, dari http://www.stigmaindex.org/sites/default/files/news-attachments/StigmaIndexMalaysia_Final%20Report_LowResbce2.pdf
Sean A. Kidd, & Michael J. Kral. (2005). Practicing Participatory Action Research. Journal of Counseling Psychology, 52(2), 187 - 195.
Soile Juujärvi, & Virpi Lund. (2015). Participatory Action Research As A Practice of Empowerment in Deprived Communities. Paper presented at the 41st Association for Moral Education Conference, Santos-Brazil. https://www.laurea.fi/dokumentit/Documents/Participatory%20Action%20Research%20as%20a%20practice%20of%20empowerment.pdf
Tina Koch, & Debbie Kralik. (2006). Participatory Action: What It IsParticipatory Action Research in Health Care. Diperolehi dari https://books.google.com.my/books?id=aS57hxrEd9YC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false.
UNAIDS. (2003). UNAIDS Fact Sheet : stigma and discrimination.
UNAIDS. (2016). Factsheet November 2016. Diperolehi dari UNAIDS website: http://www.unaids.org/sites/default/files/media_asset/UNAIDS_FactSheet_en.pdf
United Nations Development Programme. (2017). Sustainable Development Goals. Goal 3 Targets. Diperolehi 13 April, 2017, dari http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainable-development-goals/goal-3-good-health-and-well-being/targets/
World Health Organization. (2016a, July 2016). HIV/AIDS. Diperolehi 16 September, 2016, dari http://www.who.int/features/qa/71/en/
World Health Organization. (2016b). HIV/AIDS. Diperolehi 12 April, 2017, dari http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs360/en/
Xiaohui Gao, Yu Wu, Yu Zhang, Naixing Zhang, Jie Tang, Jun Qiu, . . .
Yukai Du. (2012). Effectiveness of School-based Education on HIV/AIDS Knowledge, Attitude, and Behavior among Secondary School Students in Wuhan, China. PLOS ONE, 7(9).
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528