Tekanan Akulturasi Pelajar Malaysia di Luar Negara

Sabariah Mohamed Salleh, Siti Khadijah Hussin

Abstract


Laporan Perangkaan Pendidikan Nasional bagi sektor pengajian tinggi negara mencatatkan sejumlah 78, 936 orang bilangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara pada tahun 2013 sama ada melalui pembiayaan persendirian mahupun melalui tajaan pendidikan. Masyarakat Malaysia dikatakan mula berhijrah ke negara-negara lain bagi memenuhi keperluan dalam setiap aspek kehidupan mereka antaranya ialah bagi tujuan melanjutkan pengajian. Apabila berlakunya migrasi ke negara luar, pelajar-pelajar, atau dalam erti kata lain, sorjurner, akan melalui proses adaptasi. Kertas ini akan membincangkan tentang fasa kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Secara khusus, ia akan menyentuh tentang isu-isu utama yang dihadapi, yang menjadi tekanan akulturasi semasa fasa kejutan budaya. Suatu tembual mendalam telah dibuat bersama informan pelajar Malaysia di luar negara yang dipilih dari enam (6) negara yang daripadanya ramai komuniti Malaysia (lebih daripada satu ribu orang pelajar) dan empat (4) lagi merupakan negara yang mempunyai kurang komuniti Malaysia (bawah lima ratus orang pelajar Malaysia). Berdasarkan analisis ke atas data temubual, terdapat tujuh (7) bentuk tekanan akulturasi yang dialami oleh responden pada peringkat kejutan budaya ini iaitu persepsi negatif terhadap masyarakat dalam budaya baru, diskriminasi, sistem pendidikan, halangan bahasa, kerinduan dan kesunyian. Media baharu pula, digunakan sebagai salah satu cara untuk menghadapi tekanan akulturasi semasa fasa kejutan budaya.


Full Text:

PDF

References


Abdul Latiff Ahmad, Emma Mirza, Rusyda Helma Mohd, Latiffah Pawanteh & Ali Salman. 2014. Adaptation and the new media technologi: A study on Malaysian students in Australia and United Kingdom. Jurnal Komunikasi. 30(1): 195-206.

Berry, J.W. 1997. Immigration, Acculturation and Adaptation. Applied Psychology: An International Review. 46: 5-68.

Berry, J.W. 2003. Conceptual approaches to acculturation. Washington DC:APA Press.

Berry, J.W. 2011. Integration and multiculturalism: Ways towards social solidarity. Papers on Social Representations. 20: 2.1-2.21.

Berry, J.W., Phinney, J.S., Sam, D.L., & Vedder, P.H. 2006. Immigrant youth in cultural transition: Acculturation, identity and adaptation across national contexts. Mahwah:Lawrence Erlbaum Associates.

Kim, Y.Y. 2001. Becoming interculture: An integrative theory of communication and cross-cultural communication. A reader. 8th ed. Wadsworth.

Latiffah Pawanteh. 2001. Sojourn and intercultural Communication Research: A social constructionist viewpoint. Jurnal Komunikasi. 17: 139-158.

Latiffah Pawanteh. 2015. Komunikasi identiti di kalangan “yang lain”: Pengalaman pelajar pasca siswazah Indonesia. Jurnal Komunikasi. 31 (2): 515-532.

Taylor, M. 2005. Catch ‘em while you can. Education Guardian.

Ward, C., & Searle, W. 1990. The impact of value discrepancies and cultural identity on psychological and sociocultural adjustment of sojourners. International Journal of Intercultural Relations. 15 (2): 209-225.

Ward, C. 2001.The ABCs of Acculturation. Handbook of culture and psychology. New York: Oxford University Press.

Zhou, Y., Jindal-Snape, D., Topping, K., & Todman, J. 2008. Theoretical models of culture shock and adaptation in international students in higher education. Studies in Higher Education. 33 (1): 63-75.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.