Kecerdasan Emosi, Komunikasi Non-verbal dan Keterampilan Peribadi Para Pekerja dalam konteks Komunikasi Keorganisasian

Maizatul Haizan Haizan Mahbob, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim

Abstract


Kecerdasan emosi dan komunikasi non-verbal merupakan aspek komunikasi yang sangat penting dalam hubungan antara manusia. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pekerja, maka sesebuah organisasi boleh pincang dan tidak berdaya tahan. Justeru kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis tahap kecerdasan emosi, kepentingan komunikasi non-verbal serta tahap keterampilan peribadi kakitangan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching. Kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina dan jawatan, serta menganalisis pengaruh kecerdasan emosi ke atas keterampilan peribadi responden. Data yang diperoleh menerusi kaedah survei dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan analisis min, ujian t, korelasi dan regresi. Hasil dapatan menunjukkan tahap kecerdasan emosi kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching berada pada tahap tinggi. Kesedaran kakitangan terhadap kepentingan komunikasi non-verbal juga berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan keterampilan peribadi yang dinyatakan oleh mereka, juga berada pada tahap tinggi. Melalui ujian t, ternyata kumpulan pelaksana mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding kumpulan pengurusan dan profesional. Perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina pula adalah tidak signifikan. Sementara analisis regresi mendapati, kecerdasan emosi khususnya dimensi kesedaran kendiri, motivasi diri dan kemahiran sosial memberi sumbangan varians ke atas keterampilan peribadi sebanyak 50 peratus.

Kata kunci : kecerdasan emosi, komunikasi non verbal, keterampilan peribadi, motivasi, komunikasi keorganisasian


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz, Y. 2008. Mengurus perubahan dalam organisasi. Selangor: Arah Publication.

Chek Mat. 2007. Pengurusan imej. Utusan Publication. Selangor.

Eling Purwanto Jati & Siti Zulaikha Wulandari. 2011. Peranan budaya organisasi dan kecerdasan emosional dalam mempengaruhi sikap terhadap perubahan. Studi Kasus Pada Dosen Universitas Jenderal Soedirman. 13(1): 128-152.

Gim Chan Siok. & Rodziah Mohd Nor. 2012. Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan perilaku dan prestasi akademik pelajar sekolah menengah di Bachok, Kelantan Akademika. 82(2): 109-118.

Hashim, S., 2010. Bab 9: Pemikiran kritikal. Kertas Kerja Seminar.

Lee, Y.F., 2009. Kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia dari segi epistemologi: Ulasan. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. 27: 167-183.

Ishak Mad Shah, Mastura Mahfar, Daliyana Mohd Dali & Fatin Aina Leong Abdullah. 2012. Kecerdasan emosi dalam kalangan pegawai kastam gred W17 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor Bahru. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 59: 141-145.

Iskandar, Rohaty Mohd Maizub & Zuria Mahmud. 2009. Kecerdasan emosi dan komitmen pekerjaan dalam kalangan pensyarah universiti di Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1): 173-186.

Muhammad Idham, Zamri, M., Melor, M.Y. & Nik Mohd Rahimi, N.Y. 2010. Profil kecerdasan emosi guru pelatih bahasa mengikut tahun pengajian. GEMA Online Journal of Language Studies. 10(2): 57-75.

Nasrudin Subhi, M. S. 2013. Potensi konflik di antara pegangan Islam dan identiti seksual: Simptom psikologikal dalam kalangan mak nyah. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia 1: 44-48.

Norazlina Mohd Kiram & Raja Masittah Raja Ariffin. 2012. Kesantunan berbahasa orang Melayu menerusi gaya pengurusan air muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey. Jurnal Bahasa. 12 (2): 284-300.

Noriah, M.I., Shaharuddin, A., Kadderi, M.D. & Roslina, T.A. 2009. Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian akademik pelajar IPTA: Implikasi Terhadap Kebolehpasaran. Jurnal e-Personalia Pelajar. 11: 1-27.

Nur Azyyati Sauki & Samsudin Husin. 2011. Hubungan kecerdasan emosi dengan penguasaan kemahiran pelajar kolej komuniti. Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan.

Riyadi, S. 2011. Pengaruh kompensasi finansial, gaya kepemimpinan, dan motivasi kerja terhadap kinerja karyawan pada perusahaan manufaktur di Jawa Timur. Jurnal Manajemen dan Kewirausahaan. 13(1): 40-45.

Saemah, R., Noriah, M.I., Zuria, M. & Ruslin, A. 2008. Indeks dan profil kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah. Jurnal Teknologi. 48: 187-202.

Salhah, A. 2009. Kecerdasan pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Sugiyono. 2014. Metode penelitian kuantitatif, kualitatif dan R & D. Bandung: Penerbit Afabeta.

Sulaiman Effendi. 2013. Hubungan tingkat kecerdasan emosional dan intelektual dengan keberhasilan belajar. Jurnal Aksioma Ad-Diniyyaah. 1(2): 1-22.

Susiati Purwaning Utami. 2014. Hubungan antara kecerdasan emosi dan budaya organisasi dengan gaya kepemimpinan supervisi produksi di Pt. Faber Castell Indonesia. Jurnal Ilmiah WIDYA. 2(1): 25-32.

Syed Sofian, S.S. & Rohani, N. 2010. Kesan kecerdasan emosi ke atas tekanan kerja dan niat berhenti kerja profesion perguruan. Jurnal e-Bangi. 5(1): 53-68.

Taufik. 2012. Empati pendekatan psikologi sosial. Jakarta: Jati.

Zarina Samin. 2014. Kajian terhadap hubungan antara Model Kecerdasan Emosi Goleman dengan kemahiran keusahawanan pelajar. Seminar Penyelidikan Kebangsaan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.