PENGARUH LITERASI KESIHATAN TERHADAP TINGKAH LAKU PENCARIAN MAKLUMAT KESIHATAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

MOHAMMAD REZAL HAMZAH, EMMA MOHAMAD, MOHD YUSOF ABDULLAH

Abstract


Literasi kesihatan merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap orang dalam usaha untuk memahami maklumat kesihatan dengan baik. Seseorang yang dikatakan mempunyai literasi kesihatan yang baik apabila individu tersebut berupaya mencari, memahami dan menggunakan maklumat yang berkaitan dengan  kesihatan dalam kehidupan hariannya Literasi kesihatan telah menjadi topik yang sangat penting dalam sektor penjagaan kesihatan kontemporari, promosi kesihatan, pendidikan kesihatan dan pembangunan polisi kesihatan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruhi literasi kesihatan terhadap pencarian maklumat kesihatan dalam kalangan pelajar IPTA. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Instrumen kajian ini telah diadaptasi melalui model literasi kesihatan Sorensen at al., (2012). Instrument kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu antara 0.810-0.890. Sebanyak 1025 responden yang terdiri daripada pelajar IPTA merangkumi empat zon telah terlibat dalam kajian ini. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap literasi kesihatan pelajar IPTA adalah sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan sebanyak 23.6 peratus faktor literasi kesihatan telah menyumbang perubahan varian model kajian. Ini menggambarkan literasi kesihatan merupakan faktor yang meramal tingkah laku pencarian maklumat kesihatan. Justeru usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan pelajar kerana ia memberi impak kepada pengurusan kesihatan dan merupakan penentu kepada kualiti kesihatan yang baik. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.