ADAPTASI ANTARABUDAYA PELAJAR NIGERIA DI MALAYSIA

ABDUL LATIFF AHMAD, SALMA ALI, ALI SALMAN, SABARIAH MOHAMED SALLEH

Abstract


Kebanjiran pelajar antarabangsa di Malaysia semakin meningkat dari tahun demi tahun selaras dengan pelan pendidikan nasional yang ingin menyerlahkan nama Malaysia sebagai hub pendidikan dunia. Terdapat beberapa cabaran dalam menjalani proses pengadaptasian yang perlu dihadapi oleh pelajar antarabangsa. Dengan menggunakan model Lekuk U, kajian ini melihat bagaimana proses pengadaptasian pelajar Nigeria di Malaysia yang berhadapan dengan cabaran berikutan berlakunya stereotaip dalam kalangan media dan masyarakat Malaysia. Enam orang pelajar Nigeria yang belajar di Universiti Awam telah ditemubual untuk kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Nigeria tidak mengalami tempoh bulan madu namun lebih kepada fasa persediaan. Pelajar Nigeria dilihat sangat peka dalam mempersiapkan diri sebelum datang ke Malaysia kerana ingin mengurangkan masalah dalam proses pengadaptasian. Pelajar Nigeria juga didapati sangat fokus terhadap tujuan mereka ke Malaysia iaitu untuk pendidikan dan tidak begitu terkesan dengan stereotaip masyarakat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.