PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL DAN IMPAKNYA TERHADAP HUBUNGAN PERSAHABATAN DALAM TALIAN

SITI EZALEILA MUSTAFA

Abstract


Sebagai tempat awam yang neutral yang berbeza daripada rumah dan tempat kerja, media sosial seperti laman jaringan sosial membolehkan orang ramai untuk berkumpul dan berinteraksi tanpa mengira status atau kedudukan. Malah, mereka bebas untuk datang dan pergi sesuka hati kerana tidak terikat dengan apa-apa obligasi untuk menerima atau menolak permintaan bersahabat. Boyd (2006) berpendapat bahawa konsep persahabatan dan hubungan peribadi yang berubah dan baru menyebabkan munculnya hubungan baru seperti "friendster", kawan yang dipanggil dalam konteks laman rangkaian sosial sahaja. Kajian soal selidik yang dijalankan terhadap 400 pengguna aktif laman jaringan sosial di Malaysia mendapati bahawa walaupun ramai rakan-rakan mereka adalah rakan sekolah dan rakan-rakan universiti, mereka juga berkawan dengan orang asing. Kajian menunjukkan lebih separuh responden meluaskan persahabatan yang dibina dalam rangkaian sosial ke luar talian. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan mereka juga mengakhiri persahabatan tersebut dengan mengeluarkan rakan dari senarai sahabat kerana sebab-sebab tertentu. Kebanyakannya disebabkan oleh sikap yang kurang menyenangkan kerana menggunakan bahasa tidak senonoh, pengaruh buruk, dan gangguan seksual. Ini menunjukkan bahawa persahabatan di laman rangkaian sosial kadang-kadang mewujudkan hubungan yang lemah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.