MEDIA, DEMOKRASI DAN GENERASI MUDA: ANALISIS KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12

SAMSUDIN A. RAHIM

Abstract


Pilihan raya umum ke-12 telah mengubah lanskap politik di Malaysia. Buat pertama kali sejak merdeka, parti pemerintah Barisan Nasional gagal menguasai kerajaan di lima buah negeri dan juga tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen persekutuan. Selain daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya, pengaruh internet dalam kalangan generasi muda dikatakan sebagai di antara faktor yang mengayun undi generasi muda kepada parti pembangkang Pakatan Rakyat. Kajian ini telah menganalisis pemboleh ubah kepercayaan terhadap media termasuk internet; isuisu utama seperti isu kenaikan harga barang, pengangguran, kadar jenayah, peningkatan kes rasuah dan layanan sama rata antara kaum; dengan kepuasan terhadap keputusan PRU-12. Analisis regresi berganda menunjukkan kepercayaan kepada maklumat internet dan daripada kawan-kawan serta isu-isu yang dibangkitkan pilihan raya menyumbang secara positif terhadap kepuasan PRU12 yang memihak kepada gabungan parti pembangkang.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528