PEMBINGKAIAN BERITA ETNIK DALAM AKHBAR-AKHBAR ALIRAN PERDANA DI MALAYSIA

Nurul Ain A.Hamid, Dr Faridah Ibrahim

Abstract


Pembingkaian (framing) memainkan peranan penting untuk memahami peranan media dalam pembinaan sesuatu berita. Pembingkaian adalah proses yang mencerminkan keputusan oleh pengamal media tentang apa yang dianggap penting atau layak untuk dijadikan berita yang mampu mempengaruhi pemikiran. Kajian ini bertujuan untuk melihat pembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia dan mengenal pasti perbezaan atau persamaan bingkai berita etnik yang disiarkan dalam akhbar-akhbar ini. Dengan menggunakan kombinasi kaedah analisis kandungan kuantitatif dan kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus, kajian ini menganalisis pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar aliran perdana iaitu Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian dan New Straits Times. Hasil kajian mendapati akhbar Utusan Malaysia lebih memberikan tumpuan terhadap pemaparan berita etnik berbanding akhbar-akhbar lain. Bingkai tanggungjawab dilihat paling banyak digunakan dalam setiap akhbar kerana isu etnik merupakan isu yang penting dan memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada semua pihak. Responden dari kajian kumpulan fokus pula berpendapat bahawa pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar adalah mengikut latar belakang etnik masing-masing.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528