FAKTOR RINTANGAN KE ATAS KEMPEN TAK NAK MEROKOK

Hanum Hassan, Norhafezah Yusof, Rosna Awang Hashim

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara ciri inovasi dengan rintangan yang wujud dalam kempen “Tak Nak Merokok”. Dengan menggunakan persampelan kelompok, seramai 396 responden dipilih yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di lapan buah sekolah menengah di negeri utara Malaysia. Data dan maklumat dikumpul melalui kaedah tinjauan yang dianalisis dengan menggunakan analisis statistik korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara ciri inovasi iaitu kelebihan relatif, keserasian, kerumitan dan kebolehcubaan dengan kewujudan rintangan dalam “Kempen Tak Nak Merokok”. Kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor seperti ciri inovasi telah menyebabkan sesuatu inovasi baru itu gagal disebarkan. Malah, kajian ini juga dapat membantu pembuat keputusan untuk mengenal pasti punca penolakan inovasi baru dalam kempen kesihatan yang diperkenalkan kepada masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan tahap penerimaan terhadap kempen kesihatan yang diperkenalkan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528