LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

Nadzri B. Hj Mohd Sharif, Mohd Nor Shahizan Ali, Mohd Yusof Hj. Abdullah

Abstract


Literasi Visual yang dibina dalam imej fotografi forensik merupakan penyampaian maksud melalui gambar bagi menggantikan penggunaan teks. Selain itu, literasi visual juga merupakan keupayaan untuk memahami dan menghasilkan mesej. Visual merupakan satu kemahiran di dalam menilai kebaikan dan keburukan representasi visual seperti memperbaiki kelemahan, merangka pendapat, dan berkongsi pengetahuan. Peranan serta perkaitan literasi visual dengan bidang fotografi forensik adalah sebagai medium plot informasi di sebalik tabir kejadian jenayah. Peranan yang amat besar perlu dipikul dalam bidang fotografi forensik di Malaysia untuk memberikan makna dan maksud sesuatu imej yang boleh bertindak sebagai bahan bukti di mahkamah. Kekerapan kes pembunuhan berprofil tinggi, telah meletakkan imej sebagai bahan bukti penting untuk mempengaruhi objektiviti hakim. Pemahaman terhadap literasi visual adalah amat penting bagi pihak pentadbiran mahkamah, pembelaan, pendakwaan dan pegawai penyiasat dalam memberikan tafsiran. Keupayaan jurugambar forensik bukan hanya melaksanakan penyiasatan dengan sempurna, tetapi kemampuan untuk memberikan analisis imej fotografi visual untuk menghasilkan bukti dokumentasi bagi menyokong tuntutan penyiasatan jenayah dan pendakwaan di mahkamah. Bukti daripada imej fotografi adalah bukti yang mempunyai kepentingan yang sama dengan bukti-bukti lain dalam penyiasatan polis.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528