BERITA TELEVISYEN DAN KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA: SUATU KAJIAN TERHADAP BERITA TELEVISYEN BAHASA INGGERIS TV2 DAN NTV7

Yow Chong Lee

Abstract


Kebebasan media tidak pernah dipinggirkan dalam wacana dan perbincangan ilmiah. Baru-baru ini, indeks kebebasan akhbar di Malaysia telah dilaporkan jatuh dua kaki tangga ke kedudukan 147, berbanding dengan 145 pada tahun sebelumnya (Reporters Without Borders, 2014). Perkara ini telah menunjukkan betapa pentingnya untuk pengkaji meneliti ruangan kebebasan media, khususnya terhadap kewartawanan dan pemberitaan bahasa Inggeris di televisyen tidak berbayar (free-to-air television), iaitu TV2 dan NTV7. Berita bahasa Inggeris yang dilaporkan di keduadua televisyen telah dijadikan sampel kajian dan rujukan dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian ini bukanlah sebuah kajian kuantitatif yang melibatkan kajian analisis kandungan. Namun, artikel ini menggunakan analisis konteks yang menumpu kepada asal usul kewartawanan di Malaysia dengan meneliti dasar dan akta negara ini seiring dengan pemilikan saluran televisyen di Malaysia. Seterusnya, sampel kajian telah dianalisis berdasarkan daripada pemerhatian terhadap mitos-mitos seperti nasionalisme dan perpaduan kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa output berita yang bertindak sebagai agen penstabilan dan pembangunan kebangsaan berkait rapat dengan kawalan dan pemilikan terhadap televisyen di Malaysia. Oleh itu, usaha dalam memperolehi ruang kebebasan media merupakan suatu proses yang berterusan dan hanya akan berhasil dengan melangkaui kesemua isu yang dibincangkan dalam artikel.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528