PERANAN AKHBAR CINA DALAM ARTIKULASI ISU-ISU SEJARAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA

Lee Kuok Tiung, Mohd Safar Hasim

Abstract


Akhbar Cina dipercayai berkembang seiringan dengan perkembangan kehidupan masyarakat Cina di Malaysia. Analisis ini bertujuan melihat pengartikulasian isu-isu sejarah dalam akhbar Cina dan peranan membentuk negara-bangsa menerusi analisis maklumat kajian-kajian lalu terutamanya daripada arkib dan temubual dengan ketua editor. Hasil daripada analisis menunjukkan dari awal permulaan kemunculan dan perkembangan akhbar Cina berkait rapat dengan evolusi masyarakat Cina di Malaysia. Ini membantu memudahkan akhbar mengartikulasi peristiwa-peristiwa penting dalam pelaporan mereka dan memainkan peranan sebagai agen perubahan sesuai mengikut peredaran masa. Awal permulaan kemunculan akhbar Cina dilihat lebih cenderung menyampaikan khabar berita perkembangan peristiwa-peristiwa yang berlaku di China kepada golongan imigran sebelum bertukar kepada bermotifkan ekonomi khususnya mengiklankan produk jualan. Kebangkitan gerakan nasionalisme di China telah menyaksikan kemunculan mendadak akhbar-akhbar Cina di Nanyang untuk meraih sokongan daripada huaqiao bagi mengguling pemerintahan monarki untuk diganti dengan sistem demokrasi dan seterusnya menentang penjajahan Jepun ke atas China. Agenda perjuangan yang diadvokasi oleh akhbar-akhbar Cina nyata berbeza sejurus selepas Perang Dunia Ke-2 apabila mereka dilihat bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia 1963, fokus mereka beralih kepada survival sosio-ekonomi masyarakat Cina dan pelestarian kebudayaan masyarakat Cina khususnya pendidikan Bahasa Cina di Malaysia. Akhbar-akhbar arus perdana ini turut tidak terkecuali daripada agenda politik di mana mereka sering dikaitkan dengan parti pemerintah dan sentiasa mendukung dasar-dasar kerajaan yang merangkumi agenda perpaduan nasional dan pembentukan negara-bangsa. Begitupun, akhbar Cina juga lebih seimbang dalam memberi ruang kepada suara-suara daripada huatuan dan partiparti politik yang berlainan ideologi yang memperjuangkan agenda yang berkepentingan kepada masyarakat Cina.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528