PEMILIHAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI DI LAMAN SOSIAL

Sa’adiah Ma’alip

Abstract


Kajian ini bertujuan meninjau pemilihan bahasa dalam komunikasi oleh pengguna laman sosial. Medium komunikasi yang diberikan tumpuan dalam kajian ialah laman sosial yang dapat diakses oleh pengguna internet. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian meliputi pengguna laman sosial dalam kalangan remaja, belia dan dewasa. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 200 orang responden yang dipilih secara rawak. Namun hanya 182 borang soal selidik telah dikembalikan dan hanya 180 sahaja telah dianalisis kerana dua daripada borang tersebut tidak lengkap. Analisis dilakukan mengikut teori domain dan hasil kajian mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi pilihan pengguna laman sosial diikuti oleh bahasa Cina, bahasa India, dan bahasa-bahasa lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pola pemilihan bahasa yang digunakan di laman sosial adalah sama bagi tujuan komunikasi yang berlainan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang menjadi pilihan utama.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528