BAYANGAN WACANA POLITIK DALAM KARYA SASTERA: ANALISIS NOVEL KAWINKAWIN

Che Abdullah Che Ya

Abstract


Karya sastera tidak lahir dalam ruang yang kosong. Apa yang dihasilkan adalah bertolak daripada peristiwa yang berlaku dalam masyarakat termasuklah isu sosio-budaya, ekonomi dan politik. Pengarang novel seringkali menggunakan karya sastera untuk melahirkan pandangan, ideologi, wawasan dan harapan mereka. Kajian ini melihat bagimana karya sastera dihasilkan sebagai respons terhadap peristiwa politik yang berlaku. Kajian menganalisis novel kawin-kawin karya Azizi Haji Abdullah. Antara isu yang diangkat termasuklah pertentangan ideologi dalam masyarakat Melayu, penyelewengan kuasa pemimpin, gejala rasuah dan kronisme. Hasil penelitian mendapati pengarang menggunakan permasalahan politik semasa dalam wacana karya novelnya. Sebagai ahli PAS, ideologi dan pegangan pengarang juga tampak jelas dalam perbincangan persoalan politik ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528