POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

Abd Hadi Bin Borham, Zulkiple Bin Abd Ghani

Abstract


Kemudahan internet telah memberi kemudahan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dapat mempelajari, memahami dan mengenali Islam dengan mudah menerusi laman sesawang, blog, newsgroup, laman sosial dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kebanjiran maklumat Islam yang disediakan melalui internet boleh memberikan kesan yang signifikan terhadap golongan yang terdedah dengan maklumat khususnya ahli akademik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola pendedahan internet di kalangan ahli akademik dan impaknya dalam memahami aspek akidah, syariah dan akhlak. Seramai 206 ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi responden. Kajian telah mendapati, pola pendedahan internet di kalangan responden adalah tinggi berdasarkan faktor demografi ahli akademik dan penggunaan internet. Dalam konteks memahami Islam, internet telah memberikan kesan yang sederhana terhadap aspek akidah, syariah dan akhlak. Internet juga telah mendatangkan kesan yang signifikan terhadap penghayatan akhlak dan sikap dalam kehidupan beragama di kalangan responden. Dalam masa yang sama, kajian ini juga mendapati kebanjiran maklumat Islam atau fatwa online di internet telah memberi kesan tertentu terhadap institusi agama yang berautoriti seperti JAKIM, jabatan agama negeri (JAIN) dan lain lain. Ini menunjukkan internet merupakan medium yang penting bagi masyarakat muslim hari ini dalam konteks mendapatkan ilmu dan memahami tentang Islam. Namun ianya harus digunakan secara bijak kerana terdapat aspek-aspek yang boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan beragama masyarakat Islam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528