KEWUJUDAN FILEM CETAK ROMPAK & FILEM TIDAK BERTAPIS : MENGAPA MASIH BERLAKU?

NOOR AZIAH ABDULLAH, WAN AMIZAH WAN MAHMUD, MOHD NOR SHAHIZAN ALI

Abstract


Filem dikatakan mencerminkan imej dan ketamadunan sesuatu bangsa. Pemerolehan mesej akan diserap ke minda melalui tingkah laku dan komunikasi yang dipaparkan. Namun perkembangan industri filem dicacatkan dengan ancaman dan cabaran aktiviti filem cetak rompak dan filem tidak bertapis. Filem cetak rompak ialah filem yang tidak memiliki tanda hologram yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, manakala filem tidak bertapis ialah filem yang tidak mendapat kelulusan tapisan daripada Lembaga Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri. Justeru kertas kerja ini mahu mengupas faktor penyumbang kepada kewujudan aktiviti yang menyalahi undang-undang ini. Dengan menggunakan kajian kualitatif, makalah ini cuba meneroka permasalahan yang menyebabkan kewujudan aktiviti ini. Temu bual mendalam dijalankan ke atas 17 informan yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri filem. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan hasil kajian mendapati bahawa faktor kewujudan aktiviti filem cetak rompak dan filem tidak bertapis ini berpunca daripada perkembangan teknologi, isu hak cipta, tatacara pelaksanaan penguatkuasaan, tatacara kelulusan dagangan dan peruntukan undang-undang sedia ada.  Rumusannya, kewujudan filem cetak rompak dan filem tidak bertapis adalah berikutan dasar dan perundangan yang sedia ada yang tidak mampu mengekang dan mengawal aktiviti tersebut. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528