PENGARUH OBJEKTIVI BERITA TENTANG TENAGA KERJA NDONESIA TERHADAP IMEJ MALAYSIA DI MATA MASYARAKAT SULAWESI SELATAN

DAS’AD LATIF, FAUZIAH AHMAD, NORMAH MUSTAFFA, SHAHRUL NAZMI SANNUSI

Abstract


Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap objektiviti berita akhbar di Sulawesi Selatan dalam menyampaikan berita mengenai permasalahan tenaga kerja Indonesia   (TKI) di Malaysia. Kajian berhasrat untuk melihat apakah imej yang dibentuk oleh masyarakat Sulawesi selatan, samada positif atau negative terhadap majikan tenaga kerja Indonesia di Malaysia dan terhadap pemerintah Malaysia. Menurut teori Westershal, objektiviti berita dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu menepati fakta (factuality) dan tidak memihak kepada sebelah pihak (impartiality). Kajian ini dijalankan dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk melengkapkan dan mengukuhkan dapatan kajian. Responden kaedah kuantitatif terdiri daripada pembaca yang melanggan akhbar Harian Fajar dan Tribun Timur yang telah dipilih secara rawak iaitu seramai 377 orang. Manakala kaedah kualitatif diperoleh daripada daripada temu bual secara mendalam dan perbincangan kumpulan fokus. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh objektivi berita tentang tenaga kerja Indonesia di Malaysia terhadap imej Malaysia di mata masyarakat kota Makassar. Hal ini disebabkan kerana berita yang disajikan tidak relevan, kurang mengandungi kebenaran, tidak seimbang dan tidak bersifat neutral. Kedua-dua akhbar yang dijadikan sebagai objek penelitian dinilai dari sudut faktualiti dan impartialiti dalam menyajikan berita-berita mengenai tenaga kerja Indonesia Malaysia. Kajian mendapati bahawa, ruang dan isi berita untuk menjelaskan sesuatu kejadian lebih banyak diberikan kepada tenaga kerja Indonesia dan pemerintah Indonesia jika dibandingkan ruang yang diberikan kepada pihak majikan tenaga kerja Indonesia atau pemerintah Malaysia. Justeru ini membawa kepada penghasilan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Sulawesi selatan terhadap pemerintah Malaysia. Kajian ini melahirkan suatu pandangan bahawa berita yang tidak objektif, tidak menepati fakta, tidak seimbang dan bersifat berat sebelah boleh memberi kesan buruk kepada Negara yang terbabis. Selain daripada itu berita yang disampaikan secara negative dan tidak objektif terhadap sebuah negara mampu untuk membangkitkan sentimen kebencian dan menyebabkan munculnya konflik antara dua buah negara yang dianggap sebagai negara serumpun.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528