Antara Kempen dan Realiti: Penyampaian Sokongan Kesihatan Mental KKM kepada Penjaga Individu Autisme: Kajian Kualitatif di Lembah Klang

Natasya Zainal Abidin, Shamsiah Abd Kadir

Abstract


Kesihatan mental yang baik adalah penting untuk semua, namun penjaga individu autisme sering berhadapan dengan jurang antara kempen kesedaran yang dilaksanakan dan realiti sokongan yang mereka terima. Tuntutan penjagaan yang berterusan turut meningkatkan tahap stres dan menjejaskan kesejahteraan mental mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penyampaian sokongan dan inisiatif kesedaran kesihatan mental yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada penjaga individu autisme, serta bagaimana komunikasi dan capaian inisiatif tersebut berkaitan dengan kesedaran dan kesejahteraan mereka. Menggunakan reka bentuk kualitatif, data dikumpulkan melalui temu bual mendalam dengan enam orang penjaga individu autisme dan seorang wakil daripada KKM di Lembah Klang. Berdasarkan perspektif informan, dapatan menunjukkan bahawa walaupun pelbagai kempen telah dilancarkan oleh KKM, mesej tersebut sebahagian besarnya tidak sampai kepada penjaga, yang mewujudkan jurang ketara antara kempen yang dipromosikan dengan realiti sokongan yang dialami. Maklumat bantuan yang tidak lengkap atau tidak jelas menyumbang kepada rasa kecewa serta menjejaskan proses mendapatkan bantuan. Cabaran komunikasi ini diperkuat oleh stigma sosial terhadap autisme, sekali gus meningkatkan tekanan psikologi terhadap penjaga. Dapatan kajian ini turut menunjukkan perkaitan antara kelemahan penyampaian sokongan KKM dengan tahap kesedaran penjaga tentang kepentingan kesihatan mental. Walau bagaimanapun, memandangkan bilangan informan yang terhad, dapatan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua penjaga individu autisme di Malaysia. Kesimpulannya, strategi komunikasi kesihatan dan inisiatif KKM perlu diperbaiki dengan penglibatan aktif penjaga agar lebih relevan, mudah diakses dan berkesan, sekali gus menyokong pembangunan program intervensi yang lebih tepat sasaran.

 

Kata kunci: Komunikasi kesihatan, kempen kesedaran kesihatan mental, penjaga individu autisme, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyampaian maklumat.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2026-4202-22


Full Text:

PDF

References


Abdullah, N. N., & Ramli, R. (2021). Resilience, perceived social support and mental well-being among caregivers of children with autism spectrum disorder. Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, 17(4), 44–52.

Ahmad, M., Amer, N. M., Srivastava, A., & Sajid, S. Z. (2019). Burden and quality of life in caregivers of children with autism spectrum disorder in Oman: The influence of child characteristics. The International Journal of Social Psychiatry, 65(4), 335–341. https://doi.org/10.1177/0020764019842278

Ariffin, M. S., & Abdullah, F. (2020). The challenges in caregiving persons with disabilities from the medical social work perspectives. The Malaysian Journal of Social Administration, 14(2), 96–115. https://doi.org/10.22452/mjsa.vol14no2.6

Astro Awani. (2026, April 2). Autisme di Malaysia: Daripada kesedaran ke tanggungjawab bersama. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-autisme-di-malaysia-daripada-kesedaran-ke-tanggungjawab-bersama

Bernama. (2024, April 1). Autisme ASD: Memahami penjagaan awal dan kesedaran masyarakat. https://bernama.com/bm/news.php?id=2284510

Chua, Q. Q., Mat, S., Krishna, V., Ali, A., Joginder Singh, S. K. D., & Wan Yunus, F. (2023). Problem behaviours and caregiver burden among children with autism spectrum disorder in Kuching, Sarawak. Frontiers in Psychiatry, 14, Article 1244164. https://doi.org/10.3389/fpsyt.2023.1244164

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). Sage Publications.

Husaini, H., Noordin, S. A., Shuhidan, S. M., & Ap-Azli, N. (2022). Health information seeking behavior (HISB) among Malaysian parents of children with autism spectrum disorder (ASD): A conceptual framework. Electronic Journal of Computer Science and Information Technology, 3(1), 29–33.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2023). Kempen Kesihatan Mental 2023. https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1450

Kreps, G. L. (2014). Evaluating health communication programs to enhance health care and health promotion. Journal of Health Communication, 19(12), 1449–1459. https://doi.org/10.1080/10810730.2014.943194

Lim, R. M., & Wong, S. P. (2020). The challenges of caring for individuals with autism spectrum disorder in Malaysia. Malaysian Family Physician, 15(2), 23–28.

Medical Mythbusters Malaysia. (2023, Oktober 12). Ibubapa/penjaga anak autism lebih depressed? [Status update]. Facebook. https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia

Mohd Suhaimi Mohamad, Nasrudin Subhi, Fauziah Ibrahim, & Khadijah Alavi. (2015). Pengalaman keluarga menjaga pesakit mental: Satu kajian perbandingan komuniti bandar dan luar bandar di Perak dan Kedah. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 11(9), 23–31.

MStar. (2024, Julai 4). Pernah burnout, hilang kawalan pukul anak autisme... Wanita duga bapa tanya soalan sukar - "Abah serah kepada polis untuk siasat". https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2024/07/04/pernah-burnout-hilang-kawalan-pukul-anak-autisme-wanita-duga-bapa-tanya-soalan-sukar---abah-serah-kepada-polis-untuk-siasat

MStar. (2025, Disember 23). Hukuman penjara 5 tahun kekal, mahkamah tolak permohonan ibu Zayn Rayyan. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2025/12/23/hukuman-penjara-5-tahun-kekal-mahkamah-tolak-permohonan-ibu-zayn-rayyan

Nurul Atiqah Zulkefli, Nur Saadah Mohamad Aun, & Norulhuda Sarnon @ Kusenin. (2024). Kelesuan melampau dan sokongan sosial dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak autisme. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 21(1), 392–406.

Ooi, K. L., Ong, Y. S., Jacob, S. A., & Khan, T. M. (2016). A meta-synthesis on parenting a child with autism. Neuropsychiatric Disease and Treatment, 12, 745–762. https://doi.org/10.2147/NDT.S100689

Razuan, N. H. M., Mohamad Aun, N. S., & Mohd Fazree, S. D. (2023). Relationship between knowledge and the level of stress among caregivers with autism spectrum disorder (ASD) children. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 13(6), 1106–1117. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v13-i06/17223

Rimal, R. N., & Lapinski, M. K. (2015). A re-explication of social norms, ten years later. Communication Theory, 25(4), 393–409. https://doi.org/10.1111/comt.12080

Salleh, N. S., Tang, L. Y., Husain, M., Lim Abdullah, K., & Kueh, Y. C. (2024). Affiliate stigma, resilience and quality of life among parents of children with autism spectrum disorder in two public hospitals in Kelantan, Malaysia. Malaysian Journal of Medical Sciences, 31(3), 217–228. https://doi.org/10.21315/mjms2024.31.3.17

Tönis, K. J. M., Drossaert, C. H. C., ten Klooster, P. M., Staal, W. G., Schaer, M., & Bohlmeijer, E. T. (2024). Effectiveness of a positive psychology and mindfulness-based app on mental health for parents of children with a neurodevelopmental disorder: Study protocol of a pragmatic international multicenter randomized controlled trial. Trials, 25(1), Article 412. https://doi.org/10.1186/s13063-024-08256-w

Wan Natrah Wan Yaacob, Lili Husniati Yaacob, Rosediani Muhamad, & Maryam Mohd Zulkifli. (2021). Behind the scenes of parents nurturing a child with autism: A qualitative study in Malaysia. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(16), Article 8532. https://doi.org/10.3390/ijerph18168532

Yeap, R., & Low, W. Y. (2009). Mental health knowledge, attitude and help-seeking tendency: A Malaysian context. Singapore Medical Journal, 50(12), 1167–1173.

Yildirim, G., Ersan, E. E., & Pirincci, S. E. (2020). The effect of training given to parents with mentally disabled children on their life satisfaction, self-stigma of seeking help and coping ways. International Journal of Social Psychiatry, 66(1), 3–14. https://doi.org/10.1177/0020764019879943

Zainudin, M. H., Mahadir, M. N., & Zakaria, Z. (2023). Mental health awareness among family caregivers of patients with mental illness: A community-based study. Malaysian Journal of Psychiatry, 32(1), 45–56.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528