Transformasi Tokoh Sejarah ke Layar Perak
Abstract
Filem Sejarah Nasional Malaysia [seterusnya FSNM] telah bertapak sejak tahun 1981 dengan kemunculan filem Bukit Kepong (1981). Sehingga tahun 2023, industri perfileman Malaysia telah menerbitkan tujuh FSNM. Kesemua filem ini telah memindahkan fakta sejarah berkaitan tokoh ke dalam naratif filem. Namun, proses ini berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan pemaparan fakta sejarah yang tepat tentang tokoh dengan keperluan membina naratif yang menarik. Hal ini menimbulkan persoalan iaitu siapakah tokoh yang telah dipindahkan ke dalam FSNM dan apakah proses kreatif yang telah dilalui oleh tokoh-tokoh ini untuk dipersembahkan di layar perak. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian asas dengan reka bentuk kualitatif telah dijalankan. Analisis kandungan digunakan sebagai kaedah utama untuk mengumpul data. Kajian ini menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva (1980) bagi meneliti proses kreatif yang terlibat dalam pemindahan tokoh di layar perak. Dapatan kajian menemui bahawa sebanyak tujuh tokoh telah dipindahkan ke dalam FSNM sebagai watak utama. Tujuh tokoh tersebut terdiri kepada tiga kategori iaitu nasionalis beruniform, nasionalis kemerdekaan dan nasionalis politik. Kesemua tokoh ini telah disalin dan dipindahkan secara penuh menerusi empat aspek iaitu nama, latar belakang, sumbangan serta perwatakan mereka. Selain itu, pemaparan ketujuh-tujuh tokoh dalam FSNM tidak dapat lari daripada proses pengolahan. Justeru, pemindahan tokoh dalam naratif turut melibatkan prinsip ekspansi bagi memaparkan kisah tokoh dengan lebih menarik dan prinsip haplologi bagi mengekalkan fokus naratif terhadap perjuangan tokoh. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada korpus ilmu terutamanya dalam menyediakan satu penelitian khusus terhadap proses kreatif yang dilalui oleh tokoh sejarah yang diangkat ke dalam filem.
Kata kunci: Filem Melayu, filem sejarah intertekstualiti, proses kreatif, transformasi, tokoh sejarah.
Full Text:
PDFReferences
Arkib Negara Malaysia. (2011). Mat Kilau: Pahlawan Pahang. Arkib Negara Malaysia.
Azean Idruwani Idrus, & Iffah Sakinah Othman. (2023). Aplikasi teori pengkaedahan Melayu dalam filem Mat Kilau. E-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 5(2), 88–100.
Buyong bin Adil. (1981). Sejarah Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cooke, L. (1999). An introduction to film studies. In J. Nelmes (Ed.), British cinema: Representing the nation (pp. 347–380). Routledge.
Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (3rd ed.). Sage Publications.
Dol Ramli. (1965). History of Malay regiment. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 38(1), 199–243.
Farah Iwani Azali, & Mohd Adi Amzar. (2023). Isu perubahan sosial dalam filem Mat Kilau: Satu kajian lepas. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS), 404–408.
Fatimah Muhd Shukri, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2018). Sepet (2005): Sebuah filem nasional Malaysia. Jurnal Komunikasi, 34(2), 309–322.
Fatimah Muhd Shukri, Nur Asfarina Ab Aziz, & Mohd Saipuddin Sulaiman. (2022). Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) sebuah filem cerminan ummah. Proceedings of International Conference on Ummah 2022, 769–779.
Hatta Azad Khan. (1994). The Malay cinema 1948-1989: Early history and development in the making of national cinema (Doctoral dissertation). The University of New South Wales. http://unsworks.unsw.edu.au/fapi/datastream/unsworks:35585/SOURCE02
Hatta Azad Khan. (1997). The Malay cinema. Universiti Kebangsaan Malaysia Press.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah perjuangan bangsa Melayu. Pustaka Antara.
Jins Shamsuddin. (2010). Filem Melayu 1930an-1960an sebagai citra budaya dan sejarah negara (Doctoral dissertation). Universiti Utara Malaysia.
Juhan Junaidi, Zairul Anuar, & Rosli Sareya. (2021). Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983). Jurnal Gendang Alam, 11(1), 169–188.
Mawar Safei, & Tuan Rusmawati Raja Hassan. (2020). Daun sebagai wahana komunikasi dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(3), 157–175.
Maznan Noordin. (2010). Kanang: Cerita seorang pahlawan. Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Miller, H. (1982). Prince and premier: A biography of Tunku Abdul Rahman Putra. Eastern Universities Press.
Mohamad Aqriel Shazwan Bin Md Shahrudin. (2023). Filem Mat Kilau dan kebangkitan konservatisme Melayu (Bachelor's thesis). Universiti Sains Malaysia.
Mohd Pauzi. (2011). Peristiwa Bukit Kepong dalam novel Bukit Kepong dan filem Bukit Kepong berdasarkan pendekatan historisme baru (Master's thesis). Universiti Putra Malaysia.
Muhammad Ismail, & Rosli Mokhtar. (2022). Filem Mat Kilau: Satu analisis standard filem patuh syariah. 6th Muzakarah Fiqh and International Conference 2022, 483–494.
Muhammad Zaidee Daut. (2008). Wira Bukit Kepong: Yusuff Rono. Institut Kajian Sjarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
Nor Hafidah, Melor Fauzita, & Rohaya Md. Ali. (2018). Leftenan Adnan: Manifestasi penggunaan retorik dalam filem. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, (Special Issue), 578–585.
On, L. K. (1999). Citra wira rakyat dalam lagenda Mat Salleh (Unpublished master's thesis). Universiti Sains Malaysia.
Paridah Abd. Samad. (1998). Tun Abdul Razak: A phenomenon in Malaysian politics: A political biography. Partisan Publication & Distribution.
Polis Diraja Malaysia. (t.th.). Sejarah: Bukit Kepong. https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/bukit-kepong
Ramlah Adam. (2004). Biografi politik: Tunku Abdul Rahman Putra. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Abu Bakar. (2015). Leftenan Adnan Saidi pahlawan Bukit Chandu. Penerbit UPNM.
Rosaini Mahmud. (2011). Nilai-nilai murni dalam filem Bukit Kepong dan penggunaan filem dalam pengajaran (Bachelor's thesis). Universiti Putra Malaysia.
Roslina Abdul Latif, & Badrul Redzuan Abu Hassan. (2020). Filmic education of borderland texts in Jogho and Bunohan. SEARCH Journal of Media and Communication Research, 12(1), 125–139.
Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, & Sabullah Haji Hakkan. (2007). Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah (1894-1900). Arkib Negeri Sabah.
Siti Nur Izra Safra’. (2022). Fakta sejarah dan proses kreatif dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) (Master's thesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Nur Izra Safra’, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2023). Fakta sejarah dan proses kreatif dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022). Jurnal Komunikasi, 39(3), 221–238.
Siti Rahimah Buniamin. (2013). Patriotisme sebagai elemen sinema nasional: Kajian terhadap filem Tanda Putera (2013) (Bachelor's thesis). Universiti Teknologi MARA.
Street, S. (1997). British national cinema. Taylor & Francis.
Talib Samat. (2007). Jejak pahlawan Mat Kilau: Tokoh pahlawan nasional. Goal Intelligent Publishing.
The Straits Times. (1996, Februari 14). WII hero who died fighting the Japanese.
Wan Aida Wan Yahaya. (2011). Historical film and the Asian nations: Struggles for independence and emancipation—A gendered perspective (Doctoral dissertation). Monash University.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528