Reka Bentuk ‘Sulam’ di UKM: Perkongsian Pengalaman Dua Projek Rintis (Designing ‘SULAM’ at UKM: Experiences from Two Pilot Projects)

ROZITA IBRAHIM, NORFAZILAH AHMAD, PUTEH NORAIHAN A RAHMAN

Abstract


Istilah ‘SULAM’ merujuk kepada ‘Service Learning Malaysia – University for Society’ dan merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). SULAM diterapkan di dalam kursus berkredit dan dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman melibatkan pelajar, pensyarah dan komuniti yang dipilih dengan keperluan tertentu. Kertas ini membincangkan dua projek SULAM di UKM dari segi reka bentuk dan pelaksanaannya. Projek pertama dinamakan Penjagaan Kesihatan Komprehensif (CHC) dan melibatkan pensyarah dan pelajar Fakulti Perubatan dan Pusat Pengajian Citra Universiti. Projek ini dijalankan bersama komuniti di Bandar Tun Razak, Cheras. Projek kedua pula dinamakan Asli-Pimpin dan melibatkan pelajar serta pensyarah Pusat Pengajian Citra Universiti, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Undang-undang. Projek ini dijalankan bersama komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. Pada akhir kertas turut dibincangkan cabaran yang dihadapi dan langkah yang diambil dalam menjalankan SULAM semasa waktu pandemik dan endemik Covid-19.

 

Kata Kunci: SULAM; Pembelajaran berasaskan khidmat; Pedagogi; HIEPS; Pendidikan tinggi


Full Text:

PDF

References


Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2019. SULAM – Service Learning Malaysia: University for Society. www.jpt.moe.gov.my. Diakses pada 1 Disember 2022.

Haliza Mohd Said, Zainal Abidin Ramli & Sukma Dina Radin. 2012. Enhancing Temuan Tribe Economic Activities as an Indigenous Attraction in Kampung Dengkil, Mukim Sepang, Selangor. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business 4(1): 421-433.

Hazila Abdul Kadir, Sharifa Ezat Wan Puteh & Halim Ismail. 2021. Tesis Doktor Falsafah (Kesihatan Masyarakat). Pengaruh Faktor Status Kesihatan dan Keperluan Hidup terhadap Kualiti Hidup Wanita B40 luar Bandar dan Miskin di Malaysia.

Maznah Ibrahim, Norain Azlan, Nor Afian Yusof, Jamsari Alias & Najah Nadiah Amran. 2018. Service-Learning: Mengungkap Definisi untuk Pembelajaran Abad ke-21. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19: 43-55.

Nor Adli Firdaus & Al-Amril Othman. 2020. Menyingkap Selingkar Kisah Korban Pembangunan: Dari Batu 20 ke Bukit Unggul. Jurnal Wacana Sarjana 4(5): 1-13.

Rozita Ibrahim, Nasrudin Subhi, Mohd. Suhaimi Mohamad & Mushrifah Idris. 2019. Corak kehidupan Orang Asli Jakun Tasik Chini, Pahang: Implikasi terhadap Integrasi Arus Perdana. Dlm. Radin Firdaus Radin Badaruddin, Paramjit Singh Jamir Singh, Law Chee Hong & Abdul Rais Abdul Latiff. Isu Kontemporari Kesepaduan Sosial di Malaysia. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Straus, E. E., & Eckenrode, D. M. 2014. Engaging Past and Present: Service-Learning in the College History Classroom. The History Teacher 47(2): 253–266.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia