Perpaduan Pelajar Berbilang Kaum dalam Subjek Teras di Universiti Malaysia Pahang (The Unity of Multiracial Students in the Core Subject in Universiti Malaysia Pahang)

NORADILAH MD NORDIN, MUNIRA ABDUL RAZAK, TUAN SIDEK TUAN MUDA, AHMAD IRFA IKMAL HISHAM

Abstract


Secara amnya objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sejumlah 436 orang pelajar UMP telah dipilih melalui persampelan bertujuan.Angkubah perpaduan diukur menggunakan skala Perpaduan yang dibina oleh Abdul Rahim dan Siti Norashikin (2010). Analisis deskriptif statistik menunjukkan bahawa, majoriti (70%) responden berada pada tahap sederhana bagi perpaduan. Sejumlah 17.9% dan 12% responden adalah berada pada tahap tinggi dan rendah masing-masing.Analisis selanjutnya menunjukkan bahawa majoriti pelajar setuju dengan semua penyataan dalam skala tersebut. Namun begitu, peratusan responden yang tidak setuju bagi item empat dan tujuh dalam skala perpaduan perlu diberi perhatian memandangkan ianya akan memberi kesan negatif dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia