Faktor Pengetahuan Tentang Kenajisan Babi dan Pola Interaksi Muallaf dengan Keluarga Bukan Islam di Pantai Barat Sabah (Factors in Understanding Pig-related Impurity and the Pattern of Interactions between Muslim Converts and their Non-Muslim Families in Sabah)

HASNAN KASAN, SARIP ADUL, AMIR HUSIN MOHD

Abstract


Kajian ini secara khusus membahas mengenai satu isu fiqh iaitu pengetahuan tentang staus kenajisan babi dan hubungannya dengan interaksi harian Muallaf dengan keluarga asal bukan Islam di Sabah. Pengetahuan tentang fiqih akan mempengaruhi sikap sehingga amalannya benar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci tentang hukum babi serta mengenal pasti tahap pengetahuan mualaf dan pola interaksi dengan ahli keluarga bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Data dianalisis secara deskriftif dan inferensi dengan menggunakan ujian-ujian statistik parametrik iaitu ujian-t dan ujian korelasi Pearson menggunakan program SPSS. Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan faktor pengetahuan Muallaf tentang status kenajisan babi mengikut jantina. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan Muallaf tentang status kenajisan babi dengan pola interaksi kepada ahli keluarga bukan Islam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia