Kekangan Peruntukan Waktu Mata Pelajaran Kurikulum Diniah di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kelantan dalam memenuhi Kurikulum Kebangsaan (Limitations in Allocation of Teaching Time for Islamic Curricular Subjects at Kelantanese Government-Assisted Religious Schools (SABK) towards fulfilment of the National Curriculum)

AZIZI UMAR, NOOR HISHAM MD NAWI

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kekangan peruntukan waktu pengajaran kurikulum Diniah di Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang telah didaftarkan sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kekangan tersebut mempunyai kaitan dengan kekaburan kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah tanggungjawab hal ehwal Islam. Kementerian Pelajaran sebagai organisasi utama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan tidak mempunyai kemampuan dari sudut autoriti untuk memastikan Kurikulum Diniah sebahagian daripada dalam peranannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perjalanan pengajaran kurikulum tersebut diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pihak sekolah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada autoriti struktur pentadbiran organisasi di peringkat sekolah di sebahagian negeri. Kesannya, perjalanan Kurikulum Diniah berdepan dengan cabaran pengabaian dari sudut tempoh masa dan peratusan nisbah kandungannya berbanding dengan perjalanan sebelum ia memasuki sistem pendidikan kebangsaan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia