Dari Pengajian Umum ke Pendidikan Citra: Pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (From General Studies to Liberal Education: Experience in Universiti Kebangsaan Malaysia)

NAZRI MUSLIM

Abstract


Pengajian Umum di UKM bermula seiring dengan penubuhan UKM pada tahun 1970 dengan memperkenalkan kursus Sejarah Sains kepada semua pelajar. Selepas itu, kursus Sejarah Sains ditukar kepada kursus Sains Umum dan diikuti dengan kursus Kenegaraan Malaysia. Bermula tahun 1982, kursus Kenegaraan Malaysia telah ditukarkan kepada Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajian Umum pada ketika itu bertujuan membina pelajar yang bersahsiah, mempunyai pengetahuan yang luas dan bersifat komplimentari. Di antara tahun 1998 hingga 2011, kursus-kursus pengajian umum dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu U1 - Penghayatan Nilai-Nilai Mulia dan Sejarah; U2 – Kemahiran Berfikir, Berkomunikasi dan Berorganisasi; U3 – Keluasan Ilmu Pengetahuan. Jumlah kursus dalam kategori U2 dan U3 khususnya telah bertambah dari tahun ke tahun. Namun, apabila penstrukturan semula kursus-kursus pengajian umum dijalankan pada tahun 2011 selari dengan perkembangan pesat dalam dunia kebolehpasaran (employability) pelajar,, Pengajian Umum ditransformasi dan diinovasikan kepada pendidikan Citra. Pendidikan Citra adalah pendekatan pembelajaran yang lebih luas dan lestari dari Pengajian Umum. Oleh itu, Pendidikan Citra membawa pengertian bahawa pelajar bukan sahaja mengkhusus dalam sesuatu bidang pengajian tetapi juga mempunyai elemen keluasan ilmu pengetahuan di samping bertujuan membantu pelajar meluaskan ilmu pengetahuan di luar bidang pengkhususan khususnya sains, teknologi dan kelestarian, membina kompetensi dan kemahiran sosial, intelektual dan praktikal dalam kehidupan seharian. Maka, makalah ini akan membincangkan transformasi dan inovasi dalam penstrukturan semula pengajian umum di Malaysia khususnya di UKM.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia