Prosedur Rayuan Mal Di Mahkamah Syariah: Analisis Dari Sudut Undang-Undang Dan Hukum Syarak

Mohd Afizul Hakim Ibakarim, Noor Aziah Mohd Awal, Mohd Al Adib Samuri

Abstract


Appeal is one of the procedures found in the statute relating to the Mal procedure in the Syariah Court in all the states in Malaysia. Appeal procedures are established for the aggrieved parties by court decision. However, to the extent of the difference in jurisdiction to hear appeals in the syariah Court and whether it is in accordance to hukum syarak that such appeal be heard, should be discussed and analyzed.  This paper explains the differencet jurisdiction of the court to hear appeals and to analyze the provisions of the appeal procedure in the Mal Procedure Enactment, accordance with Hukum syarak This paper uses pure literature and legal research methods to collect data to be analyzed using content analysis methods. The study shows that there are differences in the jurisdiction to hear appeals of the Syariah High Court and the Syariah Court of Appeal in the administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 and the Syariah Court (Perak) enactment 2018. Every appeal procedure in the Enactment of the Mal procedure in the Syariah Court is based on hukum syarak. This paper also highlights the importance of understanding the courts’jurisdiction of hearing appeals and basis of hukum syarak for each appeal procedure to all Shariah law practitioners in Malaysia.

ABSTRAK

Rayuan merupakan salah satu prosedur yang terdapat di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah di semua negeri di Malaysia. Prosedur rayuan sesuai dilaksanakan bagi pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah. Walau bagaimanapun, persoalan sejauh mana perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan di mahkamah syariah dan penerimaan syarak terhadap prosedur rayuan di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah adalah sesuatu yang wajar dibincangkan. Penulisan ini menjelaskan perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan di mahkamah syariah dan menganalisis peruntukan prosedur rayuan yang bersesuaian dengan hukum syarak. Penulisan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan perundangan tulen bagi mengumpulkan data untuk dianalisis dengan menggunakan metode analisis kandungan. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Selain itu, setiap prosedur rayuan di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah mempunyai asas syarak. Penulisan ini juga menunjukan kepentingan memahami perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan dan penerimaan syarak bagi setiap prosedur rayuan untuk pengamal undang-undang Syariah di Malaysia.

Kata kunci: Rayuan; Bidang kuasa; Prosedur; Hukum Syarak; Mahkamah Syariah


Keywords


Appeal; Jurisdiction; Procedur; Islamic law; Syariah Court

Full Text:

PDF

References


Al-Qurān al-Karῑm

Abdul Hamid bin Masidullah lwn. Norehan binti Abdul Jabbar [2022] BHG 1 JSP

Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Akta 505, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Akta 585, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Al-‘Asqalānī, Shihāb al-Dīn Aḥmad Ibn ‘Alī Ibn Ḥajar. (1997). Fatḥ al-Bārī bi Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Dār al-Kutub al-‘Ilmiyah.

Al-Bukhārī, Abī ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘īl al-Ju‘fī. (1989). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Bayrūt: Dār al-Fikr.

Al-Shawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. (1993). Nail al-Awtar. Dar al-Hadith.

Azmee Hussin & Wan Abdul Fattah Wan Ismail. (2013). Pengesahan Lafaz Talaq Tiga: Sorotan Melalui Penghakiman Kes di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dlm. Jurnal Hukum, 37(1), 1-28.

Busro Bahari. (1999). Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia: Konsep dan perlaksanaannya: Satu Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Carrington. (1976). Justice on Appeal. West Publishing Co

Enakmen No. 13, Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.

Essah binti Mohamad lwn. Mad Noor bin Lamin [2022] BHG. 1. JSP

Ibn Farqun, Ibrahīm ibn Muhammad. 1966. Tabsīrat al-Hukkām fī Usul al-Aqdiyyah wa Manāhij al-Ahkām. Maktabat al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

Ibn Abidīn, Muhammad Amīn. 1979. Hāshiyāt Ibn Abidīn. Dār al-Fikr.

Ibn Hanbal, Ahmad ibn Hanbal. (t.th). Musnad Ahmad ibn Hanbal. Dar al-Tabacah wa al-Nashr.

Ibn Kathīr, Abū Fidā’ Ismā‘il Ibn ‘Umar, al-Qurshī al-Damashqī. (1988). Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm. Dār al-Rayyān li al-Turāth.

Ibn Jarir al-Tabari. (2000). Tafsir Al-Thabary. Dar al-Salam.

Intan Juliana Razali. (2001). Prosedur Rayuan Mal di Mahkamah Syariah Terengganu. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Mohd Badrul Awang. (2022). Kepentingan Memahami Fakta Kes Dalam Prosiding Kehakiman: Analisis dari Perspektif Kehakiman Islam. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia. 34 (2), 214-229.

Mohd Nadzri Abdul Rahman. (2010). Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip & Amalan. (Cetakan Pertama). Karya Kreatif Resources.

Mohamed Yusof Awang. (1988). Kedudukan dan peranan Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan dari tahun 1966 sehingga 1988. Kuliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Siti Zubaidah Ismail. (2016). Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah. (Cetakan Pertama). Dewan Bahasa & Pustaka.

Sri Utama Dewi Kasman lwn Abu Bakar bin Abdullah [2010] BHG. 1. JH 30.

Zulfikri Yasoa. (2013). Prinsip Penyeragaman dalam Rayuan Jenayah di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum. 36(1), 2-15.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.