Analisis Pelaksanaan Hukuman Alternatif dalam Kes Khalwat di Negeri Selangor

Abdul Fattah Dato' Kamarudin, Muhammad Mustaqim Darus, Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff

Abstract


Selain daripada hukuman sedia ada, mahkamah syariah turut boleh menjatuhkan hukuman alternatif. Kajian ini bertujuan menganalisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat oleh mahkamah syariah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan isu berkaitan. Kajian ini ditumpukan kepada bentuk-bentuk penghakiman dalam kes jenayah khalwat yang dijatuhkan oleh semua mahkamah rendah syariah di negeri Selangor dengan melihat kepada justifikasi penghakiman samada berbentuk punitif mahupun rehabilitatif. Data dikumpul dengan mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan. Data primari dan sekunder berkaitan hukuman alternatif dalam kes khalwat dikumpul bagi mengenal pasti permasalahan serta persoalan kajian. Temubual turut dijalankan ke atas hakim mahkamah rendah syariah dan pendakwa syarie di negeri Selangor, pegawai penjara Malaysia dan pegawai pusat koreksional Malaysia dalam bentuk berstruktur dan separa struktur. Kajian mendapati kelompangan dalam peruntukan Enakmen Jenayah Syariah dan Enakamen Tatacara Jenayah Syariah berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif. Kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan peruntukan undang-undang terbabit diperincikan dan diperkemaskan. Adalah diharapkan agar analisis kajian akan berupaya menangani permasalahan berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah. Semoga kajian ini juga berupaya memperkasakan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah dan seterusnya membantu mahkamah dalam membuat penghakiman.


Keywords


Hukuman alternatif; mahkamah syariah; restoratif; khalwat; penghakiman kes

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Bin Zulkefli. 2006. Punishment under Islamic Law and Common Law: A Comparative Study. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Abdul Qadir Audah. 1987. Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al- Islamie. Juzu’ 1, Beirut-Lebanon: Risalah Publisher.

Ahmad ‘Ali Budaywi, M. Syihabuddin & Tim Simpul. 2002. Imbalan dan Hukuman, Pengaruhnya bagi Pendidikan Anak. Jakarta: Gema Insani Press.

Ahmad Fathi Bahansiy. 1970. Al-Uqubah Fi Al-Fiqhi Al- Islami. Beirut: Dar Al-Syorok.

Ahmad Sharifuddin Mustapha, Hashim bin Mehat, Mohd Sirajuddin Mohamed Shith, Zulkifli bin Mohamad & Ahmad bin Salleh. 2012. Faktor-faktor peringanan hukuman dalam undang-undang Islam dan undang-undang Sivil. Journal of Techno Social 4(2): 32-42.

Akta Kehadiran Wajib Pesalah- Pesalah 1954 (Disemak-1991) (Akta 461).

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Pindaan 1984.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984.

Ali Ahmad an-Nadwi. al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Darul Qalam. Damsyik, Syria. 1994.

Arifah Rahimah Ismail & Mohd Al Adib Samuri. 2014. Perintah Khidmat Masyarakat menurut kerangka Syariah. International Journal of Islamic Thought 6.

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003.

Flack, M. 2006. Combining retribution and reconciliation: The role of community sentencing in transitional justice. Interdisciplinary Journal of Human Right Law.

Hasnizam Hashim & Jasri Jamal. 2014. Transformasi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan kajian semula terhadap bentuk hukuman bagi kes-kes jenayah Syariah. ‘Ulum Islamiyyah 12: 87-103.

Jasri Bin Jamal & Hasnizam Bin Hashim. 2016. Hukuman alternatif di Mahkamah Syariah: Keperluan penambahbaikan peruntukan perundangan Syariah negeri-negeri. Malaysian Journal Of Syariah and Law 4.

Kamal Abd. Manaf. 2002. Kaunseling Islam: Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Kanun Prosedur Jenayah

MASMS, NWAW, NIB, NAAMZ. Kes No. 10008-143- 0004-2019, 10008-143-0005-2019-10008-143-0007- 2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-0009-2019.

Mohammad Hashim Kamali. 2000. Punishment in Islamic Law: An Enquiry into the Hudud Bill of Kelantan. Petaling Jaya: Ilmiah Publisher.

Mohd Osman bin Hj Abdul Malik lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Kes Rayuan Jenayah: 10500-143- 0008-2014.

Muhammad ‘Ata Alsid Sidahmad. 1995. The Hudud: The Hudud Are The Seven Specific Crimes in Islamic Criminal Law And Their Mandatory Punishment. Kuala Lumpur: Eagle Trading.

Muhammad Salim ‘Awwa. 1999. Hukuman dalam Undang-Undang Islam: Satu Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nurul ‘Izzati Mohamad. 2015. Khalwat: Keperluan kepada hukuman sebat dan alternatif. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 19: 1-8.

Pendakwa Raya lwn W, No. Kes: 10012-143-0023-2017.

Pendakwa Syarie lwn Iskandar, [2017] 4 ShLR 50.

Pendakwa Syarie lwn M. No. Kes: 10008-143-0083- 2016,

Pendakwa Syarie lwn Muhaizad bin Ahmad Mustapha (Ako Mustapha), [2010] 4 ShLR 179.

Pendakwa Syarie lwn SNS, No. Kes: 10005-143-0058- 2019.

Pendakwa Syarie lwn Zainal Abidin Saad, [2009] 1 ShLR 134.

Samiran bin Sariman dan Rahmawati lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Kes Rayuan Jenayah: 10005-143-0012-2014.

Temu bual bersama dengan Puan Zalinah binti Saad, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Abdul Kadir bin Jailani, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Ahmad Zulkarnain Bin Abdul Khalid, Pengarah Bahagian Akademik dan Pembangunan Latihan, Akademi Koreksional Langkawi pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Masnizar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Shah Alam, Selangor pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Mohd Firdaus bin Mohed, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Mohd Hannan Bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Ampang, Selangor pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Mohd Khairi bin Khamis, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Klang pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada tahun 2021.

Temu bual bersama dengan Tuan Muhammad Nazri bin Haji Basrawi, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada tahun 2021.

WMSWH lwn. Pendakwa Syarie Selangor, Kes Rayuan Jenayah: 10500-143-0023-2019,

YAA Dato’ Yusof Musa. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Forum: Isu dan Cabaran Hukuman Alternatif dalam Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dalam Seminar Undang-undang Jenayah Islam Peringkat Kebangsaan 2014 di Fakulti Undang-Undang UKM pada 23 Disember 2014.

Yazid Haji Maarof & Mohamad Kamil Ab Majid. 2015. Panduan Fiqh Jinayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.