sLORETA Source Localization in Dyslexic Children during Different Congruency of Visual Images: P300 Component Analysis

Tahamina Begum

Abstract


Persoalan sama ada kanak-kanak disleksia mempunyai sumber keaktifan otak yang berbeza dalam fungsi kognitif visual berbanding kanak-kanak bukan disleksia masih menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, kajian ini dibuat bertujuan mencari sumber aktiviti fungsi kognitif daya tumpuan visual dikalangan kanak-kanak disleksia yang dipamerkan dari komponen ERP P300 sewaktu dirangsangkan dengan ransangan imej visual yang memnpunyai kesesuaian konteks yang berbeza. Seramai 24 kanak-kanak (12 disleksia dan 12 kawalan) berumur diantara 8 hingga 11 tahun terlibat dalam kajian ERP ini. Mereka menekan butang ‘1’ untuk imej haiwan yang berpadanan dengan habitatnya dan butang 2 untuk imej yang tidak berpadanan. Penentuan sumber aktiviti P300 dijalankan dengan menggunakan Perisian Net Station dan algoritma Standardised Low-Resolution Brain Electromagnetic Tomography (sLORETA) pada purata besar gelombang bentuk. Kawasan BA 19 dari lobus oksipital kiri adalah kawasan paling aktif semasa kedua-dua jenis ransangan visual didedahkan pada kumpulan disleksia. Bagi kumpulan kawalan, BA 18 dan BA17 pada lobus oksipital masing-masing aktif semasa imej berpadanan dan tidak berpadanan konteks. Ringkasnya, tiada perbezaan pada kawasan sumber aktiviti tumpuan visual pada kedua-dua jenis imej kesesuaian dikalangan kanak-kanak disleksia berbanding kumpulan disleksia, yang mana ianya merumuskan bahawa terdapatnya kemungkinan sumber aktiviti tumpuan visual kanak-kanak disleksia lebih tertumpu pada kawasan otak yang dikaitkan dengan pemprosesan ciri-ciri visual berbanding perbezaan konteks visual.

DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2022-2001-10


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161