Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-Kanak Melayu Pengguna Implan Koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Noryantimarlina Abdullah, Basyariatul Fathi Othman, Kartini Ahmad, Philip Rajan Devesahayam, Yazmin Ahmad Rusli

Abstract


Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (Min = 72 + 18.5 bulan) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (Min = 30 + 10.2 bulan). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2).  Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Faktor seperti jantina, tahap pendidikan ibu dan bapa dan tahap sosioekonomi keluarga didapati tidak mempengaruhi pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak berdasarkan ISD-Mv2. Ini menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak dengan pendengaran normal sebaya. ISD-Mv2 merupakan salah satu instrument penilaian yang boleh digunakan untuk membantu terapis pertuturan-bahasa tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan kemahiran bahasa dan pertuturan berdasarkan laporan daripada ibu bapa sebelum dan semasa habilitasi dari masa ke semasa.

 

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2022-2001-04


Keywords


kanak-kanak; implan koklea; bahasa dan pertuturan; Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161