Tingkah Laku Kerjaya Ibu Bapa dan Efi kasi Kendiri Kerjaya Pelajar di Sebuah Universiti Swasta
Abstract
Perancangan dan membuat keputusan kerjaya ditentukan berdasarkan faktor personaliti, bakat dan minat merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka membuat perancangan dan keputusan kerjaya menjadi satu perkara yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Keupayaan pelajar dalam mengenal pasti potensi diri dan merancang kerjaya dengan sistematik juga bergantung kepada cara didikan dan sokongan ibu bapa. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji hubungan antara tingkah laku kerjaya ibu bapa dan efi kasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti swasta dalam membuat keputusan kerjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan terhadap 110 orang pelajar di sebuah universiti awam dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan instrumen Career Decision Self-effi cacy- Short Form (CDSE-SF) untuk mengukur efi kasi kendiri kerjaya dan Parent Career Behavior (PCB) untuk mengukur tingkah laku kerjaya ibu bapa. Hasil analisis deskriptif bagi tahap tingkah laku kerjaya ibu bapa menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu (M=3.78, SP=0.83). Di samping itu, analisis deskriptif bagi tahap efi kasi kendiri kerjaya pelajar pula menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu (M=4.09, SP=0.66). Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat (r =0.60) di antara tingkah laku kerjaya ibu bapa dan efi kasi kendiri kerjaya pelajar. Kesimpulannya, kajian ini menggambarkan bahawa tingkah laku kerjaya ibu bapa merupakan peramal yang positif terhadap efi kasi kendiri kerjaya pelajar. Implikasi kajian terhadap ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak dengan meningkatkan pengetahuan tentang maklumat kerjaya anak-anak dan kemahiran komunikasi agar dapat membantu anak-anak mempunyai masa depan kerjaya yang baik.
Keywords
tingkah laku kerjaya ibu bapa, efi kasi kendiri kerjaya, kaunseling kerjaya, universiti swasta
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License