Pembangunan dan Pelaksanaan Modul Apa-Wise bagi Meningkatkan Pengetahuan Penulisan Sitasi dalam Teks dan Rujukan Gaya Apa dalam Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi
Abstract
Literatur terkini menunjukkan isu plagiat semakin meningkat dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk membangun dan melaksanakan modul APA-WISE bagi meningkatkan pengetahuan penulisan sitasi dalam teks dan rujukan Gaya APA dalam penulisan akademik pelajar kolej matrikulasi. Kajian ini telah menggunakan model rekabentuk pengajaran dan pembelajaran ASSURE sebagai kerangka kajian dan menggunakan kajian kaedah gabungan sebagai reka bentuk kajian serta melibatkan 17 orang pelajar kolej matrikulasi. Data kajian telah dikutip dengan menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti borang soal selidik, temubual, dokumen analisis dan ujian dan telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul APA-WISE telah berjaya membantu pelajar kolej matrikulasi menulis sitasi dalam teks dan rujukan Gaya APA yang betul dalam penulisan akademik mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa model rekabentuk pengajaran ASSURE dapat memberi panduan secara sistematik kepada para pendidik dalam merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran kursus mereka. Kajian ini mencadangkan institusi pendidikan tinggi memberi latihan secara berkala berkaitan penggunaan model ASSURE kepada kakitangan akademik mereka untuk menghasil dan melaksanakan bahan pengajaran kursus yang berasaskan kepada ciri-ciri dan keperluan pelajar, dan fokus kepada pencapaian pelajar terhadap hasil pembelajaran kursus.
Keywords
literasi maklumat; penggunaan maklumat; model ASSURE, pembangunan bahan pengajaran; pendidikan tinggi; Malaysia
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License